Oleh Muhammad Aiman

Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan bersama sama empat lagi pasangan bergu mengesahkan kemaraan ke pusinganm kedua All England yang berlangsung di Birmingham.

Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia itu menutup aksi pusingan awal dalam masa 35 minit dengan mengatasi wakil Perancis, Brice Leverdez, straight set 21-15, 21-12.

Beliau akan berdepan pemain ranking ke-25 dunia, Wang Tzu Wei dari Taiwan yang Wei Nan dari Hong Kong dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-19, 21-14.

Namun nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkiffli yang tersingkir selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan dengan keputusan 11-21, 12-21.

Mengikuti jejak Chong Wei ke puisngan kedua, adalah beregu lelaki, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang menundukkan gandingan Jepun, Takuro Hoki/Yugo Kobayashi straight set 21-15, 21-18.

V Shem dan Wee Kiong yang menduduki ranking pertama dunia bakal berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu gandingan China, Liu Xiaolong/Xu Chen.

Bergu wanita, Vivian Ho Kah mun /Woon Khei Wei dipaksa bekerja keras lebih sejam sebelum berjaya menyingkirkan pasangan Thailand, Puttita Suparijakul/Sapsiree Taerattanachai dengan kemenangan, 18-21, 21-11, 21-17.

Vivian dan Khe Wei yang menduduki ranking ke-11 dunia itu akan berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Jung Kyung Eun/Shin Sung Chan.

Nasib malang menimpa satu lagi pasangan beregu wanita negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi yang akur tewas kepada beregu Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han 14-21, 21-13, 18-21.

Akisi bergu campuran menyaksikan gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying serta  Tan Kian Meng/Lai Pei Jing yang berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.

Peng Soon/Liu Ying yang juga pilihan keenam menang mudah ke atas pasangan dari Sweden Nico Ruponen/Amanda Hogstrom 21-12, 21-19 dan akan berdepan saingan dari China Zhang Nan/Li Yinhui.

manakala Kian Meng/Pei Jing yang diletakkan selaku pilihan kelapan menewaskan lawan dari Taiwan, Lu Ching Yao/Chiang Kai Hsin 21-14, 21-19 dalam masa 34 minit.

- Advertisement -