Sukandaily - Kejohanan Cobra 10s 2016 Ke-46 - Foto - Sukandaily
Penyerahan ‘mock cheque’ oleh penaja-penaja utama Kejohanan Ragbi COBRA 10s dan memperkenalkan jersi baru untuk pasukan ragbi COBRA semasa sidang media yang telah diadakan di Hotel Best Western, Petaling Jaya. Foto – Sukandaily

cobra-10s-logo-w245Padang Astaka Petaling Jaya atau lebih dikenali dengan nama Padang Utara yang terletak berhampiran dengan rumah kelab COBRA bakal menjadi venue tahunan ke-46 penganjuran kejohanan ragbi 10 sepasukan; COBRA 10s 2016. Penganjuran kejohanan yang sinonim diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum ini terpaksa “pulang” ke Padang Astaka berikutan penutupan stadium tersebut untuk kerja-kerja menaiktaraf. Namun pihak penganjur akan memastikan kejohanan akan terus berjalan lancar walaupun perlu melakukan beberapa persiapan drastik penganjuran tersebut.

Padang Astaka pernah menjadi venue rasmi kejohanan tahunan ini sejak edisi pertama kali penganjuran sehingga tahun 1991. Pertama kali penganjuran telah diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada tahun 1992 dan seterusnya namun pada 1998 kembali ke Padang Astaka sebelum kembali ke stadium ini. Pada 2009, sekali lagi kali terakhir penganjuran di Padang Astaka ini.

Sukandaily - Kejohanan Cobra 10s 2016 Ke-46 - Foto - Sukandaily
Dua tonggak utama, Presiden Kelab Ragbi COBRA Kolonel(B) Tommy Periera(kiri) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kejohanan Ragbi COBRA 10s Y.Bhg Tan Sri Dato Krishnan Tan(kanan) dengan Piala Kejohanan yang menjadi rebutan pasukan pasukan bertanding. Foto – Sukandaily

“Setiap tahun kami menerima cabaran baru dalam penganjuran kejohanan. Hasil dari pengalaman kami selama ini dan usaha komited di kalangan kami sudah pasti setiap masalah akan dipastikan tidak menjejas penganjuran. Keadaan padang yang seperti mana sedia maklum turut memberi cabaran besar untuk kami lakukan kerja-kerja baikpulih dalam tempoh masa yang pendek ini. Begitu juga dengan persediaan logistik dalam pengajuran kali ini, namun saya percaya ini akan mematangkan kami dalam penganjuran seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya kerana mengizinkan kami memilih venue padang ini yang sememangnya banyak memberi kenangan kepada kami.”, ujar Presiden COBRA, Lt. Kol(Bersara) Tommy Pereira mengulas situasi tersebut.

Kejohanan ragbi 10 sepasukan ini yang akan berlansung pada 12 & 13 November 2016 ini bakal disertai sebanyak 9 pasukan antarabangsa dan 7 pasukan tempatan. Penganjuran kali ke-46 ini turut berjaya menarik penyertaan baru dari beberapa pasukan ragbi antarabangsa. Duka Old Boys(Afrika Selatan), Eden Rugby Club(New Zealand) dan Charis Rugby(Australia) merupakan pasukan antarabangsa yang membuat penambilan sulung dalam kejohanan ini. Silver Gaurus merupakan pasukan tempatan dari negeri Perak yang turut pertama kali membuat penampilan dalam kejohanan ini.

Sukandaily - Kejohanan Cobra 10s 2016 Ke-46 - Foto - Sukandaily
Y.Bhg Dato Soam Heng Choon(kanan) menyerahkan ‘mock cheque’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Ragbi COBRA 10s Y.Bhg Tan Sri Dato Krishnan Tan sambil diperhatikan oleh Presiden Kelab Ragbi COBRA Kolonel(B) Tommy Periera semasa sidang media kejohanan yang diadakan di Hotel Best Western, Petaling Jaya. Foto – Sukandaily

Sebanyak 24 perlawanan akan berlansung pada hari pertama dan 18 perlawanan pada hari kedua seawal jam 0800 pagi di mana sebanyak USD 7,500 ditawarkan kepada pasukan yang menjadi juara. Manakala bagi naib johan bakal membawa pulang USD 4,000 dan USD 1,500 bagi pasukan yang mara pusingan separuh akhir. Juara Plate turut akan membawa pulang USD 1,000.

Pasukan Penguins International rangkul juara untuk kali ke-6 bagi edisi kejohanan ke-45. Foto – Sukandaily
Pasukan Penguins International rangkul juara untuk kali ke-6 bagi edisi kejohanan ke-45. Foto – Sukandaily

Penguins International selaku penyandang juara pada edisi lepas sekali lagi turut kembali untuk berentap. Pada edisi lalu, pasukan dari United Kingdom ini telah tipis menewaskan pasukan tempatan Kelab Sukan DBKL dalam perlawanan akhir berkesudahan 27 berbalas 21.

Selain itu, dalam majlis yang sama pihak penganjur bersama pihak penaja juga turut memperkenalkan jersi baharu pasukan COBRA yang turut di hadiri beberapa pemain pasukan COBRA di Hotel Best Western, Petaling Jaya. Jersi baharu ini adalah tajaan dari AMNIG; sebuah jenama tempatan yang meningkat naik berasal dari selatan tanah air di mana sebelum ini turut terlibat dalam penajaan beberapa acara sukan tempatan.

pasukan-cobra-10s-2016

- Advertisement -