
Connor Liew Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying menepati ramalan apabila mengesahkan slot ke Grand Finale Kejohanan Antarabangsa yag dijadual berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara.
Bagi Connor, penyertaan keduanya kali ini diharapkan berjalan dengan baik namun perlu lebih bersiap sedia sebelum kejohanan bermula.
“Secara spesifiknya saya bertarung dengan diri sendiri. Sebagai contoh hari ini saya mencatat 4 di atas par pada 6 lubang awal permainan dan cuba untuk memperbaiki semula pukulan selepas itu.
“Saya perlu berlatih untuk tingkatkan stamina kerana golf bukan hanya melibatkan kekuatan fizikal atau mental tetapi ia melibatkan kedua dua elemen. Saya lebih tenang jika bermain dengan baik dan berharap dapat lakukannya ketika di Grand Final nanti,”kata Connor.
Turut sama disenarai ke Grand Finale Kejohanan ANtarabangsa Remaja adalah Muhd Farish Abdullah, Ng Li Xin, Brendan Wong, dan Ethan Chee Jian Hao.
Sementara itu, Jamie Tan mengetuai senarai 5 pemain perempuan ke saingan Grand Finale bersama sama Bernice Huang Ee Xian, Nur Fathya Emylda, Abigail Kedung Pearson, dan Ngo Yi Belle.
“Perkara yang saya belajar adalah untuk lebih bersabar ketika bermain. Ada pukulan yang perlu diperbaiki kerana saya membiarkan adrenalin mengawal diri kerana terlalu teruja.
“Kota Permai memiliki lapangan yang pantas dan mencabar. Selepas ini saya akan memberi fokus kepada putting dan pukulan lain dan perasaan ketika bermain,”kata Jamie.
Hari terakhir kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia menyaksikan Connor dan Jamie mengesahkan status selaku juara bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A.
Hari terakhir di Lapangan di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak nyata berbeza berbanding dua hari sebelumnya susulan hujan lebat yang turumn sekitar jam7.45 pagi memaksa permainan ditunda lebih 3 jam sebelum disambung semula.
Connor yang bermula dua di atas par selepas tamat dua pusingan menutup hari terakhir dengan 73 pukulan 1 di atas par untuk catatan terkumpul 219 pukulan 3 di atas par sekaligus muncul juara bagi kategori Lelaki A.
Brandon Wong Yi  pula akur untuk muncul naib juara dengan catatan keseluruhan 237, 21 di atas par manakala Ng Li Xin menghuni tangga ketiga juga berkongsi catatan 21 di atas par keseluruhan.
Jamie Tan pula menutup hari terakhir dengan catatan keseluruhan 224,lapan di atas par untuk mengesahkan status sebagai juara Perempuan A manakala Ngo Yi Belle akur untuk kedudukan naib juara dengan catatan keseluruhan 231 pukulan manakala Abigail Kedung Pearso di kedudukan ketiga.
Kategori Lelaki B pula diungguli Ethan Chee Jian Hao manakala Perempuan B menjadi milik Nur Fathya Emelda selaku juara
Seramai 64 pemain golf remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun berkampung di di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.
Bagi sirkit kedua 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia 2025, 10 pemain terbaik akan dipilih untuk berada dalam senarai 40 pemain negara yang akan beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia di Grand Finale Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini.
Tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun lalu yang menyaksikan 10 pemain telah disenarai ke Grand Finale. Manakala sirkit kedua berlangsung dari 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak dan sirkit ketiga pula akan diadakan di kelab golf Glenmarie, Subang pada 8-10 Julai nanti.Aksi Grand Finale Kejohanan Antarabangsa pula dijadual berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara.
Kedudukan Akhir Pemain 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia 2025
Lelaki A
CONNOR LIEW AXEL KAI 72 74 73 219
BRANDONN WONG YI 82 77 77 237
NG LI XIN 84 76 78 237
AK MUHAMMAD ZAKWAN B PG HJ ZAKI AL HAKIM 82 78 81 241
BRAYDEN YEE ANG WEE 92 96 84 272
Perempuan A
JAMIE TAN HUAN YING 73 75 76 224
NGO YI BELLE 78 77 76 231
ABIGAIL KEDUNG PEARSON 80 81 78 239
PRISCILLA MOH XIAN XIEN 84 85 86 255
LIVIA LAU KIEW LIN 89 83 84 256