Beberapa peraturan teknikal khususnya di dalam kategori CP150 akan dikaji dan dipinda sebelum bermulanya saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pindaan ke atas peraturan perlumbaan jarang dilakukan pada pertengahan musim namun terdahulu, kesemua pasukan sudah menyatakan persetujuan untuk melakukan pindaan terhadap peraturan teknikal jentera pada pertengahan musim sebaik kategori CP150 mula berlangsung pada tahun ini.

Pengumpulan data terhadap kategori baharu perlu dilakukan sebelum sebarang pindaan peraturan dilakukan terutama dengan teknologi terkini dalam kelas CP150 dalam usaha untuk memastikan persaingan yang lebih sengit dan seimbang diantara pasukan-pasukan bertanding.

“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan tahap persaingan dan perlumbaan lebih seimbang di dalam kelas CP150. Kami berharap kaedah-kaedah atau peraturan baharu yang diumumkan nanti akan diterima oleh semua pasukan,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, 15 – 16 Julai depan.

 

 

 

Cub Prix Regulations To Be Reviewed

The technical regulations, especially for the CP150 class of the 2017 PETRONAS FIM Asia Road Racing Championship will be reviewed before Round 5 resumes in MAEPS, Selangor after the Syawal break.

While changes in regulations mid-season are rare, this upcoming amendment had been previously agreed upon by the teams at the beginning of the year. In light of the technological enhancements available for the new CP150 class, data was required in order to tweak the regulations to ensure closer competition.

“The goal is always to enhance the level of competition and to continue improving the CP150 class. We hope that the new proposed rules, to be announced soon, will be accepted by all the teams,” said Ron Hogg, Director of Safe Aim Mutual Sdn Bhd, the race promoters of the Malaysian Cub Prix.

Round 5 of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will take place at MAEPS, Serdang in Selangor this July.

- Advertisement -