Giliran Danny Chia meraih gelaran selaku pendahulu di kejohanan golf CIMB Kebangsaan dengan catatan terkumpul selepas bermain 36 lubang, enam dibawah par.

Hari kedua, Danny bangkit daripada aksi hambar sepanjang sembilan lubang pertama dengan membenam empat birdie dilima lubang terakhir untuk menutup hari kedua dengan catatan 70 pukulan dua dibawah par.

Selepas beraksi dua hari Danny mengumpul 138 pukulan enam dibawha par sekaligus merampas kedudukan teratas daripada Ben Leong.

“Agak kecewa dengan permulaan pada hari kedua dan ia menjejaskan pemainan saya. Namun saya cuba memujuk diri untuk teus bersabar dan cuba bermain dengan lebih berhati hati jika tidak bermain dengan baik.

“Jelas sekali catatan birdie mengembalikan semangat saya dan ianya merupakan pukulan terbaik saya,” kata Danny.

Dalam pada itu, kejutan turut dilakar pada hari kedua kejohanan yang menyaksikan Mohd Sukree Othman melonjak ke tangga kedua.

Beliau cemerlang di pusingan kedua apabila menutup saingan dengan catatan terbaik 69 pukulan 3 dibawah par untuk catatan terkumpul selepas bemain 36 lubang, 139 pukulan lima dibawah par.

“Saya gembira dengan kedudukan ketika ini dengan baki dua pusingan sahaja lagi. Amat penting kejohanan minggu ini kerana pemenang akan beraksi di CIMB Classic.

“Saya cuba untuk melayakkan diri sebelum ini namun ianya tidak seperti yang terjadi hari ini. Saya perlu mencatat pukulan serendah yang mungkin andai mahu layak,” kata Sukree.

Sementara itu, pendahulu hari pertama, Ben Leong hambar dipusingan kedua apabila gagal mempamer permainan yang konsisten dengan catatan 76 mata, 4 diatas par.

- Advertisement -