Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan dua slot beregu negara ke pentas separuh akhir selepas Aaron-Wooi Yik menundukkan seteru utama mereka dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan keputusan  21-13, 20-22& 21-19, di kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia.

Ibarat pertembungan di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai tahun lalu, 2 pasangan ini pamer kelas permainan tinggi dengan persaingan yang cukup sengit dan menghiburkan kira-kira 10 ribu penyokong yang membanjiri Axiata Arena di Bukit Jalil.
” Kita memang sudah jangka perlawanan ini cukup sengit, tetapi kami berdua kekal dengan game play pantas untuk atasi lawan dan nyata ia berjaya,” kata Aaron.

Terdahulu, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani turut melangkah ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan lawan dari China, Ou Xuan Yi-Liu Yu Chen dengan keputusan straight set.

Sze Fei-Nur Izzuddin bagaimanapun tetap diberikan tentangan sengit oleh lawan walaupun menguasai set pertama dengan keputusan 21-11, terutama di set kedua.
Beregu negara di ranking ke12 dunia ini dipaksa bermain sehingga ke mata deuce 22-20, walaupun mendapat sokongan padu kira kira 10 ribu penyokong yang hadir ke stadium.
Nur Izzudin akui lawan dari China ini tetap sukar untuk ditumbangkan tetapi berbekal sokongan padu penonton, akhirnya mereka berjaya menoktahkan kemenangan dalam tempoh 36 minit.
“Mereka cukup aggresif dan memberikan tentangan yang hebat  di set kedua , walaupun sedikit cemas kami berjaya bertenang dan mengawal  permainan, cuma kami perlu mantapkan lagi taktikal kami untuk separuh akhir nanti,” kata Juara terbuka Jerman itu.
Sze Fei turut akui ini peluang terbaik buat mereka untuk melakar kejayaan di Terbuka Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada penyokong yang hadir.

Dalam pada itu, gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada pasangan Indonesia Alfian Fajar-Muhammad Rian  Ardianto dengan keputusan straight set 13-21 & 9-21.
Sementara itu, beregu muda wanita negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing terpaksa akur kempen mereka tamat di suku akhir selepas tewas kepada pasangan dari Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara yang juga pilihan ke 4 kejohanan.
Pujian harus diberikan kepada pasangan muda negara kerana berjaya memberikan tentangan kepada lawan yang lebih hebat sebelum tewas dengan keputusan 15-21 & 21-23.
- Advertisement -