29th SEA Games KL2017 Wushu Mens Jianshu - Podium Winner
29th SEA Games KL2017 Wushu Mens Jianshu – Podium Winner. From left; Weng Son Wong(Silver), Wai Kin Yeap(Gold) and Jin Jie Fung(Bronze)

TUAN RUMAH Malaysia meraih satu emas, dua perak dan satu gangsa dalam saingan hari kedua wushu Sukan SEA yang berlangsung di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin (21 Ogos).

Wai Kin Yeap mengumpul jumlahmata 9.68 untuk membawa pulang emas dalam acara qiangshu lelaki manakala Weng Son Wong menjadikan kejayaan 1-2 buat negara apabila meraih perak dengan 9.65 mata.

Khaw Jun Lim menghasilkan gangsa bagi saingan daoshu & gunshu lelaki dengan jumlah mata 19.37.

Empat pingat emas dipertandingkan pada sesi pagi Isnin (21 Ogos) dengan dua lagi emas akan ditentukan pada lewat petang.

TIga lagi emas masing-masing dimenangi Indonesia menerusi Felda Elvira Santoso (daoshu wanita), Vietnam (Thuy Vi Duong dalam qianshu wanita) danm Singapura menerusi Jowen Lim dalam acara daoshu and gunshu lelaki.

Saingan wushu, yangbermula pada Ahad (20 Ogos) akan berakhir pada Selasa (22 Ogos).

- Advertisement -