Pelumba berpengalaman, Mohd Emir Firdaus Hasan lebih berkeyakinan untuk menghadapi saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini berbanding musim lepas terutama menjelang pusingan kedua yang akan berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pualau Pinang, minggu ini.
“Tahun 2015 merupakan musim ke-11 saya beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix dan pada tahun ini saya bersa lebih tenang dan tidak ada sebarang tekanan. Malah saya rasa beraksi bersama pasukan baharu, PJM Racing dapat membantu meningkatkan kembali prestasi saya,” jelas Emir.
Pelumba berusia 27 tahun itu beraksi dalam kelas CP130 pada musim lepas dan kini kembali ke kelas CP115 setelah beralih menyertai Jetron Apido PJM Racing namun tampil dengan prestasi memberangsangkan pada saingan pusingan pembukaan di Temerloh, bulan lepas.
Meskipun menunggang jentera dengan spesifikasi kelas Wira, Emir berupaya memberikan saingan sengit untuk merebut kedudukan podium sebelum akur menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang tiga pelumba muda, Tengku Amirul Haffiruddin, Kasma Daniel Kasmayudin dan juara bertahan CP115, Izzat Zaidi Salehan.
“Kami masih dalam kerja-kerja membangunkan jentera mengikut spesifikasi CP115 dan ia masih belum selesai, jadi kami memutuskan untuk menggunakan jentera yang digunakan dalam perlumbaan Wira sahaja ketika di Temerloh. Keputusan yang dicapai agak mengejutkan di mana kami bukan hanya mampu mencatat masa konsisten ketika sesi latihan, malah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat,” jelasnya.
“Cuma perbezaan kelajuan berbanding jentera khusus untuk kelas CP115 menyebabkan saya agak ketinggalan terutama di laluan lurus. Selain itu, tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan pelumba lain. Saya percaya jika jentera kami dapat disiapkan menjelang perlumbaan di Batu Kawan minggu ini, kami mampu untuk bersaing mengejar podium,” tambah Emir.
Selain persediaan rapi pasukan, Emir percaya sokongan dan galakan daripada keluarga dan rakan-rakannya mampu menjadi pemangkin semangat untuk memberikan aksi terbaik di halaman sendiri.
EMIR MORE RELAXED WITH PJM
Mohd Emir Firdaus Hasan said he feels more relaxed and prepared in 2015 compared to previous seasons as the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship contingent prepare for the second round at Stadium Batu Kawan, Penang this weekend.
“2015 marks my 11th season in Cub Prix and I’ve never felt this calm before. In a way, I feel I can perform better with PJM and attempt to regain my lost form,” commented Emir.
The 27-year old moved back to the CP115 class and joined Jetron Apido PJM Racing having endured an uneventful year in the premiere CP130 and had nothing but praise for the new team following his initial experience during the opening round at Temerloh last month.
Despite riding a WIRA spec bike, Emir proved he has what it takes to fight for the podium as he delivered an excellent pace to finish the race fourth behind youngsters, Tengku Amirul Haffiruddin, Kasma Daniel Kasmayudin and reigning CP115 Champion, Izzat Zaidi Salehan.
“We were in the midst of development and we lacked some parts and opted to race using a WIRA machine at Temerloh. To everyone’s surprise, not only were we consistent throughout the practice and qualifying but we managed to finish fourth,” he said.
“But because we did not have the necessary components to increase the horsepower, we lost a lot of speed on the straight and this was where our rivals had the advantage. Other than that, we are more or less on the same level. I believe if we can get the bike ready for Batu Kawan, we can mount a serious challenge for the podium,” added Emir.
Besides a strong team backing him up, Emir will also be counting on the support of his family and friends who will be there to watch the race this weekend.