China ditawarkan oleh Pengurusan Formula One (FOM) untuk menganjurkan dua perlumbaan F1 bagi musim ini.

Biro Sukan Shanghai memberitahu media tempatan, mereka telah menerima jemputan daripada FOM untuk menganjurkan dua perlumbaan di litar Shanghai.

GP China dijadulkan berlangsung pada 19 April lalu namun terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak susulan pandemik Covid 19.

FOM berharap untuk menganjurkan diantara 15-18 perlumbaan bagi musim 2020 dan telah pun mengeluarkan jadual perlumbaan dimana saingana akan bermula di Austria tanpa kehadiran penonton pada 5 Julai depan.

Pengarah Sukan Pentadbiran Shanghai, Xu Bin yang dipetik daripada laporan Xinhua menjelaskan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan kerana ia bergantung kepada keadaan semasa penularan Covid 19.

Laporan rasmi menyatakan Beijing mencatatkan 27 kes baru pada 15 Jun lalu sekaligus mencetus spekulasi gelombang kedua wabak itu akan berlaku bila bila masa.

China juga sedang meneliti sebelum memulakan kembali industri sukan di negara itu meskipun negara negara jiran seperti Korea Selatan, Jepun dan Taiwan telah pun menyambung semula acara bolasepak dan baseball.

Liga Bola Keranjang (CBA) juga akan bersambung pada Sabtu di dua venue berasingan di Qingdao dan Dongguan tanpa kehadiran penonton.

Liga Super China pula dijangka akan bermula pada Julai itupun jika keadaan semasa mengikut perancangan yang ditetapkan.

 

 

- Advertisement -