Laporan media antarabangsa, Reuters mendedahkan syarikat gergasi petroleum negara, PETRONAS dalam perbincangan untuk mengembalikan perlumbaan Formula One ke Litar Antarabangsa Sepang pada 2026.

Perlumbaan F1 pertama kali dianjurkan pada 1999 sehinggalah 2017 dimana kali terakhir ia dilangsungkan. Penganjuran bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana kemeruduman jualan tiket selain kos penganjuran yang semakin meningkat.

Litar Antarabangsa Sepang menjadi venue bagi perlumbaan MotoGP dan lain lain perlumbaan dalam sukan permotoran.

PETRONAS dalam pada itu menjawab laporan media berkenaan dan menafikan berlakunya perbincangan dengan pengurusan tertinggi untuk mengadakan semula saingan F1 ke Malaysia.

 

- Advertisement -