Foto – FAM

 

 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Harimau Malaya tunaikan impian penyokong,yang teringin menyarungkan jersi kebangsaan baharu.

Firdaus, 23 seorang OKU (masalah pembelajaran) tular di Facebook kerana enggan memakai baju lain selain daripada jersi kebangsaan hinggakan turut menggayakan jersi Harimau Malaya pada Hari Raya Aidilfitri.

Lantaran itu, FAM menghadiahkan jersi Harimau Malaya yang terkini kepada Firdaus di kediamanannya di Chemor, Perak, petang semalam.

Jersi Harimau Malaya disampaikan pemain Harimau Malaya menerusi dua wakil skuad kebangsaan, Nazirul Naim Che Hashim dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

“Saya tidak sangka kisah adik saya yang saya kongsikan di Facebook mengundang Harimau Malaya ke kediaman kami bersama jersi baharu dihadiahkan FAM. Ini pastinya kenangan terindah buat adik saya.

“Firdaus yang kurang upaya sejak lahir mula menunjukkan minat terhadap Harimau Malaya dan mengumpul jersi kebangsaan sejak empat tahun lalu.

“Buat masa ini dia sudah mempunyai 30 jersi hingga ada yg koyak-koyak. Adik saya tidak berupaya untuk bercakap dan dia juga enggan keluar rumah namun bagi pihak adik saya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada FAM dan Harimau Malaya,” kata Norhawati.

Nazirul Naim, berkata dia bersama Hafizul kagum dengan minat mendalam Firdaus terhadap Harimau Malaya.

“Kami kalau boleh ingin melawat Firdaus lebih awal. Tetapi terlalu sibuk dengan Final Piala Suzuki 2018 di Vietnam, Sabtu lalu, ” katanya.

- Advertisement -