
Badan induk bolasepak dunia, FIFA menggantung 11 pemain Vietnam selepas disahkan terlibat dengan pengaturan perlawanan ketika saingan kelayakan Kejuaraan Bolasepak Kebangsaan B21 tahun lalu.
Huáťłnh VÄn Tiáşżn antara 11 pemain yang beraksi untuk kelab Äáťng ThĂĄp yang digantung FIFA bermula 11 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2025.
Malah beliau turut dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti bolasepak anjuran VFF serta dikenakan denda VNÄ5 juta atau US$217.
Sementara 10 pemain dikenakan penggantungan selama enam bulan oleh FIFA berkuat kuasa dari 11 Mei sehingga 10 November 2020 dan turut dikenakan denda VNÄ2.5 juta seorang oleh Jawatankuasa Displin VFF.
Menurut Setiausaha Agung VFF, LĂŞ HoĂ i Anh kepada media tempatan, pihaknya telah menerima kenyataan daripada FIFA.
Malah, Huáťłnh VÄn Tiáşżn menerima denda da hukuman paling tinggi kerana menjadi ketua dan mempengaruhi 10 pemain lain untuk terlibat dalam gejala mengatur perlawanan.
10 pemain lain adalah Nguyáť n Nháşt Trưáťng, Nguyáť n Anh PhĂĄt, VĂľ Minh Tráťng, LĂŞ Nháťąt Huy, Giang SĂ´ Ny, Tráş§n Hᝯu NghÄŠa, Cao TẼn HoĂ i, Dưƥng VĹŠ Linh, Kha TẼn TĂ i dan Tráş§n CĂ´ng Minh.
Insiden mengatur perlawanan berlaku ketika 11 pemain ini ketika perlawanan diantara Äáťng ThĂĄp menentang VÄŠnh Long pada 19 Jun tahun lalu bagi saingan kelayakan kumpulan C kejohanan B21.
Mereka bertaruh VNÄ15 juta atau US$6,448 jika perlawanan berkesudahan samada dua gol dan kebawah.
Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1 sekaligus menyaksikan Äáťng ThĂĄp dan rakan rakan berjaya memenangi wang taruhan dan tambahan VNÄ133 juta atau US$5,718 dan dibahagi secara sama rata.





























