photo : © FIFA.com

 

Badan induk bolasepak dunia (FIFA) akan mengeluarkan kos operasi bagi tahun 2019 dan 2020 berjumlah USD 150 juta kepada ahli ahli persatuan sebagai langkah pertama dalam mengimbangi impak terhadap situasi ekonomi susulan pandemik Covid 19.

211 ahli persatuan yang berdaftar dibawah FIFA dijangka akan menerima USD 500 000 yang akan diserahkan kelak.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, pandemik Covid 19 memberi impak yang cukup mendalam buat arena bolasepak diseluruh dunia apabila tiada aktiviti yang boleh dilaksanakan malah ada pasukan atau kelab yang berdepan masalah kewangan kerana kerugian yang terpaksa ditanggung.

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab FIFA untuk membantu kepada mana mana yang memerlukan kerana terkesan dengan Covid 19 terutama bantuan kewangan yang akan diberikan dengan kadar segara.

Tambahnya lagi, FIFA akan menyalurkan dana bagi kos operasi tahun 2020 yang sepatutnya diterima pada Julai dan hanya akan diberikan kepada ahli persatuan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

- Advertisement -