Tuan rumah bagi sukan SEA 2021, Vietnam terpaksa menyusun semula kewangan bagi persiapan penganjuran temasya dwi tahunan edisi ke 31.

Susulan pandemik Covid 19 yang sedang menular di serata dunia ketika ini, Vietnam juga tidak terkecuali dan sedang berperang untuk menangani wabak ini.

Setakat ini, Vietnam tampak tidak berada di dalam kategori yang serius dengan kira kira 270 kes dicatatkan setakat ini dan tiada kematian yang direkodkan.

Namun, kerajaan pusat telah melakukan perancangan awal bagi membendung penularan wabak ini termasuk memotong bajet yang telah diperuntukkan bagi penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2021

Laporan media tempatan, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan telah dutugaskan untuk merangka pelan bagi penganjuran temasya dwi tahunan ini di sekitar bandar Hanoi dan daerah disekitarnya.

Jawatankuasa penganjur yang dibentuk pada Februari lalu sepatutnya mengadakan mesyuarat pertama diantara bulan Mac dan April namun segala aktiviti melibatkan sukan ditunda buat sementara waktu susulan penularan wabak Covid 19.

Justeru, tiada jawatankuasa yang sempat dibentuk dan sebarang mesyuarat belum diadakan lagi setakat ini.

Pelan yang telah dirangka bagi penganjuran dan menaik taraf kemudahan bagaimanapun tidak diluluskan dan peruntukkan yang disediakan dipotong.

Peruntukkan yang telah disediakan bagi penganjuran dan menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2021 dipotong kira kira 50%, daripada 1 trilion Dong atau 42.5 juta Dolar US kepada 900 bilion Dong atau 38.2 juta Dolar US.

Perbelanjaan bagi menaik taraf fasiliti juga dipotong daripada 805 bilion Dong (USD 34.2 juta) kepada 600 bilion Dong (USD 25.5 juta).

Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA dimana ia dijadual berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember sementara sukan Para ASEAN dijangka dilangsungkan bermula 14 hingga 21 Disember.

 

 

- Advertisement -