Badan induk bolasepak dunia, FIFA menghimpunkan pemain pemain terbaik dunia lelaki dan perempuan menerusi satu klip video ucapan tahniah kepada petuga petugas yang bekerja keras sepanjang tempoh pandemik Covid 19 dengan hashtag#WeWillWin.

Klip video diketuai bekas kapten England, David Beckham dan antara pemain pemain yang terlibat seperti Pele, Cafu, Diego Maradona, Zinedine Zidane, Marco Van Basten, Samuel Eto’o, Fabio Cannavarro, James Rodriguez, Mesut Ozil, Park Ji Sung dan Baichung Bhutia antara lagenda dan pemain semasa yang tampil.

Manakala pemain pemain bolasepak wanita seperti Marta, Wendie Renard, Carli Llyod dan Lucy Bronze juga turut sama tampil dalam klip video ini memberi sokongan dan penghargaan kepada ‘frontliner’ sepanjang Covid 19.

Video sumber – FIFA.com

David Beckham turut menyampaikan kata kata semangat kepada semua yang bertugas; ‘Kami mahu menunjukkan penghargaan yang telah dilakukan oleh petugas keshitana dan petugas bidang profesional yang mengambil risiko dan berani untuk menghadapi coronavirus.

‘Pemain bolasepak dahulu dan masa kini bersama sama untuk memberikan penghormatan kepada wira wira ini. Kepada hero hero ini, kami mengucapkan terima kasih, kami akan mengingati pengorbanan anda, kami juga akan menyokong anda’

 

  

 

 

- Advertisement -