Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) akan membelanjakan hampir 600 juta Peso atau lebih 12 juta Dolar US untuk persiapan latihan, pendedahan di peringkat antarabangsa dan keperluan laib bagi atlet negara itu yang akan beraksi di Sukan Asia 2018 kelak.

Pengerusi PSC, Butch Ramirez menjelaskan, kesemua persatuan sukan akan diberi panduan seperti yang ditetapkan oleh polisi kerajaan sebelum memperincikan bajet yang diperlukan.

“Bermula 1 Januari, kami akan mengumumkan peruntukkan tahunan dengan anggaran 600 juta Peso dengan program spesifik dan polisi yang jelas kerana kami mahu persatuan sukan bekerja secara efisien mengikut perancangan yang ditetapkan.

“Perancangan yang dilakukan buat pertama kali ini diharapkan para atlet dapat memberikan yang terbaik selain memperbaiki prestasi masing masing,”kata Ramirez.

Kontinjen Filipina hambar ketika saingan temasya Sukan SEA ke 29 Ogos lalu dengan 24 pingat emas, 34 pingat perak dan 63 pingat gangsa sekaligus menduduki tangga keenam keseluruhan.

Namun, Ramirez mempunyai pandangan tersendiri,”Ini adalah visi saya pada 2018, kami mungkin berjaya memperolehi pingat tanpa mengira warna. Tetapi ketika temasya sukan tahun 2019, kami mensasarkan Projek ini selesai sepenuhnya.

Tambah Ramirez lagi, Sukan Olimpik 2020 menyaksikan Filipina mampu untuk meraih pingat emas samada dari sukan judo, dan angkat berat.

Dalam pada itu, Ramirez juga akan menitikberat terhadap program pembangunan pada tahun ini bagi meneruskan kesinambungan daripada atlet elit.

Sejumlah 70 koordinator sukan dari seluruh negara dilantik bagi mengenalpasti bakat yang ada dan bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi mengendalikan sistem dan pendedahan kepada  kejurulatihan.

Kerjasama dengan pesuruhjaya bahagian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan bagi membantu dalam aspek pembangunan.

“bagi aspek pembangunan, saya menjangkakan dalam tempoh setahun, kita sudah mengecapi pelbagai pencapaian. Jika kita mampu mengekalkan keadaan ini sehingga 2018, ia akan memberikan gambaran yang baik terhadap program ini , “kata Ramirez lagi.

 

- Advertisement -