Turki bakal menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Formula One bagi musim 2020 selepas penganjur mengesahkan emopaty lagio perlumbaan ditambah bagi merancakkan lagi saingan.

Turki bakal diiktiraf sebagai dalah satu daripada empat hos baru yang ditambah bagi saingan F1 musim 2020.

F1 GP Turki bakal berlangsung dari 13 hingga 15 November dan akan diteruskan dengan dua perlumbaan yangh akan berlangsung di Bahrain, bermula dengan Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan bermula dari 27-29 November disusuli Rolex Sakhir Grand Prix pada 4-6 Disember.

Penamat bagi musim 2020 adalah di Abu Dhabi dimana Litar Yas Marina akan menjadi penutup bagi perlumbaan F1 sekaligus menobatkan juara dunia bagi tahun ini.

Kenyataan media oleh F1 turut mengesahkan China terpaksa mengundur diri daripada menjadi tuan rumah bagi perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Shanghai.

Saingan F1 bagi musim 2020 melibatkan 17 perlumbaan keseluruhan

Susulan pandemik CVovid 19 yang masih berterusan sehingga ke saat ini, penganjur turut mahu memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk komuniti F1 menjadi keutamaan dan berharap peminat sukan permotoran itu dapat kembali ke litar untuk menyaksikan perlumbaan.

Mereka juga bekerjasama dengan semua promoter serta pihak berkuasa tempatan negara negara terlibat dan memberi jaminan perlumbaan dilangsungkan dengan cara yang paling selamat dan sentiasa memantau perkembangan semasa negara negara terbabit.

 

 

- Advertisement -