Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memutuskan senarai akhir pemain pemain yang akan menggalas tugas dalam saingan Piala Thomas dan Piala Uber selewat lewatnya pertengahan September depan.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dimana sebelum keputusan pemilihan dilakukan, kesemua barisan kejurulatihan sedang dalam proses menilai pemain pemain.

Keputusan akan dibuat selepas pemain dan pegawai kembali daripada kem motivasi di Pulau Tioman pada awal September sebelum berangkat ke Denmark untuk menghadapi Piala Thomas dan Uber.

Tambah Datuk Kenny lagi, ujian saringan Covid 19 juga akan dilakukan sebelum skuad negara berlepas ke Denamrk.

Piala Thomas dijadual bermula dari 3 hingga 11 Oktober di Aarhurst, Denmark dimana Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama sama juara 13 kali, Indonesia, Belanda dan England.

Manakala skuad Piala Uber wanita negara pula berdepan tugas sukar apabila diundi dalam Kumpulan B, bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992 

- Advertisement -