Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan menunda Jelajah Dunia BWF HSBC dan kejohanan kejohanan lain yang berada dibawah BWF bermula 16 Mac hingga 12 April.

Menerusi kenyataan media hari ini, BWF mengambil keputusan ini susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin serius selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan wakil Ahli Persatuan yang menjadi tuan rumah dan Konfederasi Benua samada membatalkan atau menunda kejohanan berikutan arahan kuarantin dan sekatan kemasukan ke negara negara yang terlibat dengan Covid-19 sekaligus akan memberi kesukaran terhadap pergerakan atlet.

BWF mengutamakan keselamatan, penjagaan kesihatan atlet dan pegawai pegawai terlibat serta komuniti bdminton secara amnya.

Kejohanan yang ditunda adalah; Terbuka Swiss, Terbuka India, Orleans Masters, Celcom Axiata Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura serta beberapa kejohanan Antarabangsa Gred 3

Penundaan berkuat kuasa selepas tamat kejohanan Seluruh England yang sedang berlangsung di Birmingham, England iaitu pada 15 Mac.

BWF dab Badminton England juga sentiasa berhubung dengan pegawai kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan di United Kingdom untuk mengehntikan kejohanan Seluruh England namun kedua dua pihak brpuas hati dengan nasihat dan pandangan daripada kerajaan British untuk meneruskan kejohanan.

Berikutan penundaan kejohanan kejohanan ini yang berada dibawah tempoh bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, BWF akan mengeluarkan kenyataan berkaitan peraturan bagi mata Kelayakan ke Sukan OlimpikĀ 

 

 

- Advertisement -