29th SEA Games KL2017 Gimnas Malaysia - Farah Ann Abdul Hadi
Farah Ann Abdul Hadi rangkul emas dalam acara senaman lantai.

VIETNAM mengaut tiga daripada lima emas yang dipertandingkan pada hari terakhir Gimnastik Artistik Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berlagsung di MITEC pada Rabu (23 Ogos).

Ratu gimnas Malaysia Farah Ann Hadi menceriakan penyokong dengan kejayaan emas dalam acara senaman Lantai dengan jumlah mata 13.450.

Vietman meraih emas menerusi Dinh Phong Thanh dalam acara palang selari lelaki (14.900), Le Thanh Tung dalam palang mendatar lelaki (13.350) dan Le Thanh Tung sekali lagi dalam acara palang berkuda lelaki (14.450)

Vietnam melengkapkan kejayaan besar di MITEC dengan dua lagi pingat perak menerusi with Pham Puoc Hung (palang selari lelaki) dan Ding Phuong Thanh (palang mendatar lelaki).

Indonesia meraih emas menerusi Rifda Irfanaluthfi yang mengumpul mata 13.25 dalam acara batang tutian wanita selain dua perak menerusi Rifda dalam senaman lantai dan satu daripada Agus Prayokodalam palang berkuda lelaki.

29th SEA Games KL2017 Gimnas Malaysia - Farah Ann Abdul Hadi

Selain kejayaan Farah meraih emas, Malaysia juga berjaya meraih pingat perak menerusi Jeremiah Loo dalam palang mendatar (13.000) dan gangsa dalam menerusi Tan Ing Yueh dalam batang titian (13.100).

- Advertisement -