• Pengurus Chelsea, Frank Lampard menumpukan misi untuk mendapatkan pemain tengah West Ham, Declan Rice yang dianggap berpotensi mengisi posisi pertahanan The Blues.

 

  • Perang perebutan pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly masih belum berkesudahan melibatkan dua kelab EPL, Manchester United dan Manchester City. Malah kedua dua kelab turut berperang untuk mendapatkan pertahanan Inter Milan, Milan Skriniar

 

  • Chelsea dan Real Madrid pula bersaing untuk mendapatkan pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic yang turut menjadi tumpuan dua lagi kelab, Manchester United dan Paris St Germain.

 

 

  • Kegembiraan Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas membelasah Bournemouth 5-2 belum selesai apabila pengendali kelahiran Norway itu ‘tertarik’ dengan aksi pemain pertahanan Bournemouth, Nathan Ake

 

  • Bayern Munich menyerahkan keputusan berhubung masa depan pemain pertahanannya David Alaba samada mahu kekal di Allianz Arena atau berhijrah ke kelab lain. Kontrak pemain berusia 28 tahun itu akan tamat pada 2021.

 

  • Juventus akan berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Chelsea bagi mendapatkan pemai tengah, Jorginho dalam masa terdekat

 

 

 

  • Real Madrid tampak berdepan kesukaran untuk membeli pemain pemain baru selepas terkesan dengan pandemik Covid 19. The Galaticos mengharapkan mampu meraih sekitar £190 juta menerusi penjualan pemain pemain termasuklah Gareth Bale yang dikaitkan dengan peprindahan ke kelab lain.

 

  • Bekas pemain pertahanan antarabangsa England dan Chelsea, John Terry dikaitkan dengan calon bagi jawatan pengurus pasukan liga Kejuaraan, Bristol City. Ketika ini Terry menjadi pembantu kepada pengurus Aston Villa, Dean Smith.

 

 

 

 

- Advertisement -