Bekas pengendali Juventus, Andrea Pirlo dan Maurizio Sarri antara calon yang disebut sebut akan mengisi posisi selaku pengurus Everton. Namun kedua kedua calon perlu mendapat ‘restu’ daripada pemilik The Toffees, Farhad Moshiri.

 

 

Pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish mungkin akan kekal di kelab itu selepas dua ‘peminat’, Manchester United dan Manchester City enggan bersetuju dengan nilai perpindahan £130 juta yang ditetapkan.

 

 

 

Pemain pertahanan, David Luiz (Arsenal), Fernandinho (Manchester City) dan Theo Walcott (Everton) antara pemain pemain yang dilepaskan oleh kelab masing masing selepas kontrak mereka tidak disambung.

 

 

Chelsea tidak berhajat untuk melepaskan pemain sayap, Hakim Ziyech dimana pemain antarabangsa Maghribi ini sedang dipantau dua kelab Serie A, AC Milan dan Napoli.

 

 

 

Gergasi Ligue 1, Paris St Germain sedang merancang untuk ‘menyerang’ Barcelona untuk mendapatkan pemain tengah Belanda, Georginio Wijnaldum. Kontrak pemain berusia 30 tahun itu bersama Liverpool akan tamat penghujung bulan ini.

 

 

Pemergian Carlo Ancelotti ke Santiago Bernabeu mengejutkan beberapa pemain terutama, Richarlison dan James Rodriguez. kedua dua pemain ini dikhabarkan sedang memikirkan masa depan mereka samada mahu kekal di Everton atau berhijrah.

 

 

Kelab EPL, Arsenal mengalihkan tumpuan untuk mendapatkan pemain tengah Norwich, Emi Buendia selepas hasrat untuk mendapatkan Martin Odegaard dari Real Marid secara tetap tidak kesampaian

 

 

 

The Gunners juga mensasarkan penyerang Lyon, Moussa Dembele sebagai pengganti kepada Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah yang dikhabarkan mahu meninggalkan kelab itu.

 

Kelab Bundesliga, Bayern Munich bersedia untuk membelanjakan 80 juta Euro untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid Saul Niguez. Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Atletico bersedia untuk menyambar pemain Udinese, Rodrigo De Paul dengan nilai perpindahan sekitar 40 juta Euro.

 

- Advertisement -