Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos memutuskan untuk tidak lagi bersama Los Blancos selepas perbincangan untuk melanjutkan kontraknya gagal mencapai persetujuan. Pemain berusia 35 tahun itu perlu memilih samada Paris St Germain, Manchester United, Manchester City atau kelab asalnya, Sevilla sebagai destinasi seterusnya.

 

Brighton menolak tawaran £40 juta daripada Arsenal untuk mendapatkan pertahanan, Ben White. Pemain berusia 23 tahun itu dilihat cemerlang apabila melakukan 36 penampilan bersama kelab itu musim lalu dan turut diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan England.

 

 

The Gunners juga dilaporkan ‘angkat bendera putih’ untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Martin Odegaard ke Stadium Emirates selepas pemain itu memutuskan untuk kekal di Bernabeu.

 

 

Skuad kendalian Mikel Arteta juga sedang berusaha untuk mendapatkan pertahanan Leicester City, James Maddison dimana The Gunners perlu membelanjakan sekitar £70 juta untuyk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu.

 

 

 

Pemain antarabangsa Belanda, Memphis Depay dilapor bersetuju untuk ke Barcelona  sekaligus bekerjasama dengan pengendali The Catalan Ronald Koeman. Kontrak pemain berusia 27 tahun bersama kelab Ligue 1 Perancis, Lyon telah pun tamat dan tidak berhasrat untuk terus kekal disitu.

 

Pemain sayap antarabangsa Perancis, Kingsley Coman berhasrat untuk berhijrah ke EPL selepas dilaporkan menolak kontrak baharu yang ditawarkan Bayern Munich.

 

Manchester United masih belum berpeluang untuk mendapatkan pertahanan Atletico Madrid, Kieran Trippier selepas tawaran ke atas pemain berusia 30 tahun itu ditolak. Atletico meletakkan £35 juta untuk melepaskan pemain tersebut.

 

Chelsea pula enggan menyerah kalah, menawarkan £51.5 juta termasuk Marcos Alonso kepada Inter Milan untuk mendapatkan pemnain berusia 22 tahun kelahiran Maghribi,  Achraf Hakimi. Ia sekaligus memberi tekanan ke atas gergasi Ligue 1, Paris St Germain yang turut berminat ke atas pemain itu.

 

- Advertisement -