daniel-ricciardo

Oleh Ku Mohd Lufti

Impian pasukan Mercedes AMG PEtronas untuk mengakhiri kemarau Juara GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang tidak kesampaian.

Hamilton ternyata kecewa apabila impiannya untuk merangkul trofi juara GP Malaysia 2016 tinggal kenangan apabila terkeluar daripada perlumbaan selepas enjinnya mengalami masalah sebelum terbakar di pusingan ke 41.

Beliau telahpun mendahului saingan dengan baik dan meninggalkan dua pencabar dari pasukan Redbull Racing, Max Verstappen dan Daniel Ricciardo sejak awal perlumbaan.

“Ada sesuatu yang tidak kena. Ia adalah enjin baharu dan saya baru berlumba sekali menggunakannya. Saya tidak percaya ada lapan kereta pasukan dan hanya enjin saya mengalami semua ini tahun ini. Ada sesuatu yang tak kena tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan,” kata Hamilton.

Juara GP Malaysia 2015, Sebastien Vettel pula paling awal terkeluar daripada saingan selepas terlibat dengan kemalangan ktika di selekoh pertama.

Ricciardo yang berada di kedudukan kedua memintas Verstappen sebelum Hamilton tersingkir dan mengekalkan posisi selaku pendahulu sehingga tamat perlumbaan.

“Ia adalah sesuatu cukup beremosi. Ini adalah kemenangan pertama selepas dua tahun. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya. Ia cukup hebat,” kata pemandu berusia 27 tahun itu yang telah menang tiga perlumbaan bersama pasukan itu sejak 2014.

“Nasib jelas berbeza ketika di Monaco dan hari ini saya mampu menikmatinya. Jangan kecil hati Lewis, tetapi saya sememangnya layak memenanginya,” kata Daniel Ricciardo.

Tempat ketiga milik Nico Rosberg yang berjaya menaiki podium meskipun dikenakan penalti 10 saat selepas didapati bersalah melanggar Kimi Raikonnen.

Rosberg kini mengumpul 288 mata, manakala rakan sepasukannya Lewis Hamilton semakin ketinggalan selepas kekal dengan 265 mata.

Manakala Ricciardo tampak mula memberikan tekanan kepada Hamilton apabila mengumpul 204 mata selepas merangkul kejuaraan di GP Malaysia.

- Advertisement -