?KEDUA-dua skuad hoki dalam dewan negara buat pertama kali merasai aksi di atas gelanggang sebenar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila turun menentang pasukan Institut Sukan Australia Barat (WAIS) di Dewan 4 di MITEC pada Isnin (7 Ogos 2017).

Saingan hoki dalam dewan temasya KL2017 bermula 21 Ogos ini, mempertandingkan dua emas dalam saingan lelaki dan wanita.

Satu siri perlawanan ujian membabitkan skuad lelaki dan wanita kebangsaan dan WAIS diadakan di MITEC sejak awal minggu ini bagi menguji fasiliti dan membolehkan pemain menyesuaikan diri dengan permukaan gelanggang.

Enam negara akan bertanding dalam saingan lelaki iaitu Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan tuan rumah Malaysia manakala saingan wanita menyaksikan penyertaan Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Malaysia. 

?Skuad lelaki negara, yang menduduki ranking tertinggi di kalangan negara ASEAN dan pilihan meraihemas, menyerlahkan kemampuan awal apabila menumpaskan WAIS 7-3. 

?Biarpun terdapat sedikit rungutan mengenai keadaan permukaan gelanggang yang agak tidak rata, jurulatih skuad lelaki negara tidak gusar dan yakin anak buahnya mampu menghasilkan kejayaan pada temasya nanti. 

?Ini kali pertama kami dapat menguji gelanggang sebenar di MITEC ini. Saya lega pemain dapat menyesuaikan diri biarpun permukaan gelanggang akan tidak rata. Saya percaya keadaan ini akan diperbaiki,” kata Amin selepas perlawanan. 

“?Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan corak persembahan pemain setakat ini,” kata Amin. 

Hoki dalam Dewan dipertandingkan buat pertama kali dalam temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu. 

- Advertisement -