Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Hein Htet Aung ingin terus ambil peluang menjaringkan gol selepas sekali lagi dipinjamkan dari Selangor FC untuk musim ini.
Dengan dua gol yang berjaya dilakukan pemain import dari Myanmar ini pada musim 2023 membuktikan kudratnya sentiasa diperlukan skuad Jang meskipun hanya bersama pasukan selama empat bulan sejak dipinjamkan tahun lalu.
Htet Aung turut merasakan keserasiannya bersama Negeri Sembilan juga bertambah baik selain berharap prestasinya akan terus meningkat dengan misi menambah jaringan gol pada musim ini.
āSangat bagus apabila dapat kembali berlatih dan sekarang adalah masa untuk mengenali pemain-pemain baharu yang datang ke sini.
āSudah tentu saya sangat gembira apabila sekali lagi dapat dipinjamkan sebab saya pun dah pernah beraksi di Negeri Sembilan pada musim lepas dan saya tahu apa yang saya boleh buat di sini.āØ
āTerima kasih kepada pihak pengurusan yang masih percayakan saya dan saya memang ingin menjaringkan seberapa banyak jaringan atau pun dapat melakukan bantuan golā, jelasnya.
Dengan kehadiran dua lagi pemain sayap seperti Ikhwan Yazek dan Hadin Azman ke Negeri Sembilan, Htet Aung tidak merasa tercabar sebaliknya percaya persaingan yang sihat akan dapat meningkatkan lagi potensi dirinya untuk lebih bekerja keras.
āSaya rasa tiada masalah pun untuk saya bersaing dengan mereka dan gembira dengan kehadiran mereka ke sini.
āKami pun sudah macam adik-beradik di sini dan persaingan yang sihat ini adalah untuk membantu kelab ini juga.
āApa pun, sokongan penyokong juga amat penting kepada kami dan saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada untuk kamiā, jelasnya.
Htet Aung telah bersama Selangor FC sejak musim 2021 dengan tujuh gol telah diraih secara keseluruhan sehingga musim 2022.
Walaubagaimanapun, prestasinya semakin tidak menentu sejak awal musim lalu sebelum akhirnya dipinjamkan ke Negeri Sembilan pada awal Ogos 2023.