BAGI memastikan kelancaran pergerakan dan kemasukan atlet, pegawai dan tetamu di pintu masuk utama negara, Jabatan Imigresen akan menyediakan laluan khas termasuk menyediakan anggota dan petugas secukupnya 24 jam tanpa henti sebelum dan sepanjang temasya Kuala Lumpur 2017 Ogos ini,

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya sudah siap sedia membantu atlet dan pegawai dari kesemua 10 negara peserta dalam pelbagai urusan dokumentasi dan visa.

ā€œSekurang-kurangnya empat laluan khas akan disediakan bagi memastikan kelancaran kemasukan atlet, kontinjen dan tetamuā€¦ kita akan beroperasi 24 jam sepanjang temasya nanti,ā€ kata beliau.

Selain menyediakan kemudahan buat kontinjen, pihak Imigresen juga mahu memudahkan urusan tetamu asing yang hadir ke negara ini untuk menyaksikan temasya itu nanti.

Beliau memberi jaminan berkenaan pada sidang media bersama Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mengenai Keterlibatan Jabatan Imigresen pada Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat (16 Jun 2017).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Dato Seri Zolkples Embong.

YB Brig Jen Khairy berkata peranan para pegawai Jabatan Imigresen amat penting kerana menjadi perantara pertama setibanya kontinjen di Lapangan Terbang.

Urusan visa membabitkan negeri seperti Myanmar juga akan dilonggarkan dan diberi pengecualian sementara.Ā Ā Perkara itu seperti diumumkan YB Menteri dalam Negeri yang menetapkan permohonan visa bagi para atlet, jurulatih, pegawai dan wakil media dari Myanmar akan dikecualikan buat sementara meliputi tempoh 10 Ogos hingga 30 September.

ā€œAda beberapa negara yang mempunyai jurulatih dari negara China, India dan sebagainya yang biasanya memerlukan visa untuk ke Malaysia, kita kecualikan untuk tempoh sementara bagi KL2017,ā€ kata YB Brig Jen Khairy.

Beliau menambah kata, lebih 10,000 atlet dan pegawai selain pegawai teknikal dari Asia Tenggara akan hadir pada temasya KL2017 nanti.

Beliau juga mahu MASOC berkongsi maklumat tentang ketibaan kontinjen serta pengurusan kemudahan laluan bagi atlet dan pegawai yang akan menyertai Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September.

FOUR SPECIAL LANES FOR CONTINGENTS DURING GAMES TIME

THE Immigration Department will be adding more special lanes at entry points at airports to ensure smooth movement of athletes, officials and contingents prior and during the 29thSEA Games and 9thĀ ASEAN Para Games in August and September respectively.

Director-General Datuk Seri Mustafar Ali said the Department is all geared up and prepared for the KL2017 Games, adding that officers will be on duty round the clock to ensure smooth movement of contingents from all 10 participating countries especially in matters related to documentation and visas.

ā€œAt least four special lanes will be added at entry points, which will be operational 24 hours,ā€ he said at a joint press conference with Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin, on the Involvement of the Immigration Department for Kuala Lumpur 2017 Games on Friday (16 June) at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).Ā Ā Also present, Chief Executive Officer (CEO) of MASOC Secretariat, Datoā€™ Seri Zolkples Embong.

YB Brig Gen Khairy said the Ministry and the Immigration Department will work closely to ensure that all matters and movement of contingents at entry points and airports run smoothly without glitches. The entry points include KLIA, KLIA2, Subang Airport, Langkawi International Airport and two land entries in Johor and Kedah.

YB Brig Gen Khairy said visa application will be temporarily waived for athletes and officials as well as media representatives from Myanmar for the period of 10 August to 30thĀ September.

ā€œVisas will also be waived temporarily for coaches from China and India, who will be travelling with their contingents for the 2017 SEA Games,ā€ said YB Brig Gen Khairy.

Some 10,000 athletes, officials and technical officials are expected to be in Kuala Lumpur for the KL Games, to be hosted by Malaysia after a lapse of 16 years.

He said MASOC and the Immigration Department will also work closely to ensure smooth operation at the countryā€™s entry points for the 9thĀ ASEAN Para Games from 17 to 23 September.

- Advertisement -