Oleh Ku Mohd Lufri

Hasrat kelab Liga Super dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim untuk beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2017 buat pertama kali tidak kesampaian apabila kecundang di tangan kelab dari Jepun, Gamba Osaka 0-3 di Stadium Bolasepak Bandaraya Suita.

Beraksi di laman sendiri jelas menjadi kelebihan buat Gamba Osaka yang berjaya membuka tirai gol dim init ke 26 menerusi tandukan pemain kelahiran Brazil, Ademilson Braga Junior selepas meyudahkan hantaran Konno Yakusuki.

Jaringan tersebut nyata menaikkan semangat rakan sepasukan apabila gol kedua tuan rumah terhasil di minit ke 29.

Biarpun cuba bangkit untuk memberi tentangan JDT tampak gagal untuk menguji kubu Gamba Osaka yang dikawal Higashiguchi Masaaki.

Babak kedua terus memperlihatkan kerapuhan kesebelasan utama JDT yang gagal mengawal bola dengan baik sekaligus memberi peluang mudah kepada lawan untuk melakukan percubaan.

Minit ke 70, Gamba Osaka yang juga juara ACL 2008 melengkapkan kemenangan di laman sendiri apabila sepakan sudut Endo Yasuhito ditanduk kemas Genta Miura untuk keputusan muktamad 3-0.

Tidak perlu untuk tunduk malu atau kecewa, pencapaian JDT sudah boleh dianggap membanggakan apabila berjaya melangkah sehingga ke pusingan play off Liga Juara Juara Asia.

Ini bermakna, JDT akan kembali memberi tumpuan terhadap saingan Piala AFC yang gagal dipertahankan pada 2016.

- Advertisement -