Nitya Krishinda Maheswari

Persiapan kontinjen Indonesia semakin rancak dalam misi memburu kedudukan lima terbaik seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia.

Salah satu sandaran emas diletak dalam acara badminton dimana tiga pingat emas diletakkan kepada 20 pemain lelaki dan wnaita yang telah disenarai.

Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) meletakkan sandaran kepada perseorangan lelaki, Jonathan Christie (gambar utama) serta Greysia Polii dalam acara bergu wanita untuk meraih emas.

Persiapan bergu wanita sedikit tempang apabila pasangan Greysia, Nitya Krishinda Maheswari tidak dapat beraksi sekaligus terpaksa diketepikan kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut awal tahun ini.

Jelas pengurus pasukan badminton Indonesia ke Sukan SEA ke 29, Susy Susanti menjelaskan, pemain muda turut diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan.

“Kami mensasarkan tiga pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan berpasukan kategori lelaki.

“Sasaran juga turut diletakkan dibahu bergu wanita,” kata Susy

Di Sukan SEA ke 28 edisi 2015 di Singapura, pasukan badminton Indonesia muncul juara keseluruhan degan tiga pingat emas, dua perak dan empat pingat gangsa.

Emas terhasil menerusi acara berpasukan lelaki, bergu lelaki dan bergu campuran

Pemain pemain utama Indonesia antara Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir serta Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo tidak dapat beraksi kerana komitmen dengan Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos depan. – OLEH KU MOHD LUFTI

 

Senarai pemain badminton bagi pasukan Indonesia ke Sukan SEA ke 29

Kategori Lelaki :

1. Jonatan Christie
2. Ihsan Maulana Mustofa
3. Muhammad Bayu Pangisthu
4. Firman Abdul Kholik
5. Berry Angriawan
6. Hardianto
7. Fajar Alfian
8. Muhammad Rian Ardianto
9. Hafiz Faisal
10. Edi Subaktiar

Wanita
1. Fitriani
2. Dinar Dyah Ayustine
3. Hanna Ramadini
4. Gregoria Mariska
5. Greysia Polii
6. Apriani Rahayu
7. Rosyita Eka Putri Sari
8. Ni Ketut Mahadewi Istarani
9. Shela Devi Aulia
10. Gloria Emanuelle Widjaja

- Advertisement -