Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengharapkan Jepun tetap menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan atlet dan semua pegawai yang terlibat sepanjang penganjuran temasya Paralimpik 2020.
Presiden IPC, Andre Parsons mahukan jaminan daripada penganjur bahawa dua perkara ini dipastikan jika mahu temasya itu dilangsungkan.
Paralimpik Tokyo memulakan detik kiraan setahun untuk kali kedua selepas temasya itu ditunda tahun ini susulan penularan Covid 19 yang melanda seluruh dunia.
Jelas Parsons, pihaknya berhubung rapat dengan penganujur Tokyo 2020 termasuk memastikan beberapa perkara perlu dititikberat selain memastikan suasan dan persekitaran yang selamat ketika menganjurkan temasya ini.
Ini kerana IPC menjangkakan jangkitan Covid 19 lebih mudah dan lebih berisiko terhadap atlet para, justeru, aspek keselamatan dan kesihatan tidak boleh di bezakan samada atlet normal atau kurang upaya.
Dalam pada masa yang sama, IPC akan turut bekerjasama dengan penganjur untuk mengurang jumlah kos yang perlu ditanggung dan pada masa yang sama mengekalkan tahap kawalann sepanjang temasya.
Parsons juga menambah, sehingga kini pihaknya masih mengekalkan dan berharap kehadiran penonton ketika temasya itu dilangsungkan kerana mereka adalah antara nadi kepada kejayaan penganjuran Paralimpik Tokyo 2020.
Paralimpik Tokyo 2020 dijadualkan bermula pada 5 September tahun depan dan IPC punya tempoh enam bulan sebelum penganjuran Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing yang dijadual pada Mac 2022.
IPC tetap yakin dengan Beijing untuk menyerap dan merangka perancangan serta melakukan persiapan termasuk promosi kejohanan dengan sebaik mungkin dan pada masa yang sama mampu menangani situasi semasa Covid 19.