wee.kiong.v.shem

Oleh Ku Mohd Lufti

Penguasaan skuad Piala Thomas negara semakin kemas apabila melakar kemenangan kedua, menewaskan Jerman 3-0 sekaligus hampir pasti mengesahkan slot ke suku akhir.

Aksi kedua kumpulan C memperlihatkan penampilan sulung pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain yang diberi kepercayaan untuk menggalas tugas selaku perseorangan kedua.

Seperti dijangka, kapten Piala Thomas negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama negara selepas menang straight set ke atas Kevin Schafer 21-19, 21-15.

Beregu negara, Goh V Shem, Tan Wee Kiong turut kemenangan straight set, tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Richard Domke, Fabian Holzer 21-12, 21-11.

Iskandar Zulkarnain turun selepas itu, berdepan Schaenzler Lars untuk mengesahkan kemenangan kedua Malaysia.

Kepantasan Iskandar jelas sukar untuk ditandingi Lars dan hanya melepaskan 7 mata kepada lawannya sebelum menang set pertama 21-7.

Lars bagaimanapun beraksi lebih kemas di set kedua dan sekali sekala memerangkap Iskandar Zulkarnain menerusi pemain jaring.

Namun Iskandar tetap tenang untuk mengawal permainan dan mengasak Lars ke segenap gelanggang sebelum menutup set kedua dengan kemenangan 21-16, sekaligus memberikan mata ketiga untuk Malaysia.

Beregu kedua negara, Koo Kien Keat , Tan Boon Heong pula menebus kekecewaan tewas dalam aksi pembukaan ke atas pasangan England, Peter Briggs, Tom Wolfenden, menang ke atas gandingan Mark Lamsfuss, Josche Zurwonne straight set 21-15,21-10.

Selesa dengan 4-0, Malaysia memastikan kemenangan 100 peratus dalam aksi kedua apabila perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng, tidak berdepan masalah untuk menang straight set ke atas David Peng 21-9, 21-18.

Kemenangan ini sedikit sebanyak member tekanan ke atas pendahulu Kumpulan C, Korea Selatan yang akan turun berdepan England lewat petang hari ini.

Manakala Malaysia akan berdepan Korea Selatan esok untuk perlawanan terakhir kumpulan C.

- Advertisement -