Oleh Ku Mohd Lufti

Dalam persiapan gergasi bolasepak dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim untuk turun beraksi di liga Malaysia musim 2017, kejutan berlaku apabila Mario Gomez meninggalkan kelab tersebut.

Perkara tersebut disahkan Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim, Tunku Aminah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan rasmi di laman sesawang Johor Southern Tigers hari ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan Mario Gomez telah bersetuju untuk memilih haluan berasingan.

“Keputusan ini diperolehi untuk kebaikan bersama kerana falsafah dan hala tuju kelab itu adalah paling utama. Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan terbesar saya dan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih legenda bagi sumbangan besar kepada kelab itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kami akan sentiasa ingat pencapaian beliau kerana berjaya membimbing JDT memenangi Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), Kejuaraan Liga Super (2015, 2016) dan Piala AFC (2015). Kami juga ingin mengharapkan yang terbaik dalam usaha masa depannya.” Kata Tunku Aminah.

Jelas sekali tiada alasan atau sebab dalam kenyataan daripada Tunku Aminah, namun ia jelas sekali mengejutkan pelbagai pihak tatkala JDT akan turun berdepan Kedah untuk perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pembukaan bagi Liga Super 2017 pada Jumaat.

- Advertisement -