Kasma (middle) and Tengku Amirul (left)

Selepas perlumbaan mendebarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 18 Oktober lepas, seluruh kontinjen Cub Prix akan bertandang ke Jempol, Negeri Sembilan bagi menghadapi Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Litar sepanjang 1.1 kilometer mengandungi enam selekoh kanan dan dua selekoh kiri dengan reka bentuk yang memerlukan pelumba bijak untuk membrek. Saingan musim 2015 menyaksikan Jempol telah menjadi venue tetap kejuaraan buat musim ketiga berturut-turut dan rekod litar ketika ini milik Zaqhwan Zaidi dengan masa terbaik 47.433s yang dilakukan pada tahun 2014.

Lebih menarik, saingan minggu ini juga mampu menjadi penentu siapakah yang akan bergelar juara keseluruhan CP130 dan CP115 musim 2015.

“Dengan saingan kini semakin ke penghujung, perebutan takhta keseluruhan juga semakin memunncak. Mohd Harith Farhan Baharin telahpun mengesahkan gelaran juara keseluruhan Wira seawal pusingan ketujuh lagi. Dalam kelas CP115, tumpuan terarah kepada persaingan diantara Kasma Daniel Kasmayudin dan Tengku Amirul Haffirudin. Kasma kini berkelebihan 29 mata ke atas Tengku Amirul dan jika Kasma muncul juara manakala Tengku Amirul muncul naib juara, gelaran akan menjadi milik Kasma di Jempol tanpa perlu menunggu hujung musim,” jelas Pegawai Komunikasi Cub Prix, Muhamad Nazrol Jamaludin.

“Pelumba yang berada di kedudukan lebih bawah tidak berupaya lagi untuk memberikan cabaran. Ahmad Syukran Aizat yang berada di kedudukan ketiga ketika ini hanya sekadar mengumpul 69 mata, jauh ketinggalan di belakang dua pelumba tersebut. Cuma, dia perlu memberikan aksi terbaik bagi memastikan dapat menamatkan saingan musim ini di kedudukan ketiga dan mengetepikan cabaran pesaing terdekat, Mohd Fareez Afeez.”

Mengulas lanjut, “Pemburuan dalam kelas CP130 pula lebih terbuka. Perlumbaan Pusingan 8 di MAEPS tidak begitu memihak kepada pendahulu, Ahmad Fazrul Sham yang sekadar tamat di kedudukan kelapan manakala pencabarnya, Ahmad Fazli Sham gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah mekanikal jentera. Secara matematik, tujuh pelumba teratas masih berpeluang untuk mengejar gelaran terutama jika Fazrul gagal memungut sebarang mata sewaktu di Jempol. Antara yang masih mampu memberikan cabaran termasuklah Abdul Muhaimin Roslan yang kini naik ke tangga kedua, Ahmad Fazli Sham, Mohd Affendi Rosli, Mohd Fitri Ashraf Razali, Ahmad Afif Amran dan Elly Idzlianizar Ilias. Namun sebaliknya, jika Fazrul muncul juara di Jempol, gelaran keseluruhan CP130 akan menjadi miliknya.”

“Peminat-peminat yang datang pasti akan disajikan dengan aksi-aksi menarik dalam kesemua kelas perlumbaan,” tambahnya.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengesahkan kehadiran bagi menyaksikan perlumbaan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 1 November. Kejuaraan akan berlangsung selama dua hari bermula pada 31 Oktober sehingga 1 November. Pelbagai aktiviti menarik termasuk untuk keluarga turut berlangsung. Masuk adalah percuma.

 

JEMPOL COULD BE DECIDING ROUND FOR 2015 CUB PRIX TITLE CHASE

After a successful round at the Malaysia Agro Exhibition Park (MAEPS) which hosted its first Cub Prix race on October 18, the Cub Prix contingent heads southwards to Negeri Sembilan for the penultimate leg of the 2015 calendar. Round 9 of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will take place in Jempol on October 31 and November 1, 2015.

The 1.1km track pulls together a 6-right and 2-left corner combination that calls for a lot of hard braking. This will be the third edition of Cub Prix to be held in Jempol and the current track record is held by 2014 CP130 champion, Zaqhwan Zaidi who clocked 47.433s last year. 

This could be the stage where the CP115 and CP130 title chases end. 

“As the season winds down to a close, predictably, the title chase narrows to only a handful of competitors. Md Harith Farhan Baharin has already got the Wira title in the bag. In the CP115 category, it is now a 2-horse race between favourite Kasma Daniel Kasmayuddin versus Tengku Amirul Haffiruddin. Kasma is already 29 points ahead of Tengku Amirul. If Kasma were to secure his fifth victory of the season in Jempol, even if Tengku Amirul were to take second place, the title would still belong to Kasma,” said Cub Prix Communications Officer, Mohd Nazrol Jamaludin.

“The riders further down the classifications will not be able to impact the title chase in any way. Ahmad Syukran Aizat, who is currently third overall with only 69 points, can be expected to leave the two leaders to their own devices. He will have his hands full keeping Mohd Fareez Afeez out of the top three.”

“The competition is a little bit more open in the CP130 class. Round 8 at MAEPS was a disastrous round for the class leaders where Ahmad Fazrul Sham only managed an 8th place finishing while Ahmad Fazli Sham was forced out of the race by an attack of the mechanical gremlins. Mathematically, the top seven riders are still within reach of the title, especially if Fazrul’s luck takes a turn for the worse in Jempol. These contenders include Abdul Muhaimin Roslan who is now second overall after Round 8, Ahmad Fazli Sham, Mohd Affendi Rosli, Mohd Fitri Ashraf Razali, Ahmad Afif Amran and Elly Idzlianizar Ilias,” Nazrol described.

“Fans coming to the race can expect plenty of action in all the classes,” he added.

In addition, the Minister of Youth and Sports, Khairy Jamaluddin, has also confirmed his attendance at the event. Round 9 of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship is free to the public.

- Advertisement -