FieldHockey

Oleh Muhammad Aiman

Jepun akan menjadi destinasi seterusnya buat skuad hoki Malaysia mencari pengalaman dan memperkasa pasukan setelah Konfederasi Hoki Malaysia memutuskan kedua-dua pasukan hoki lelaki dan wanita akan menjalani latihan dan mengharungi aksi persahabatan dalam siri Jelajah Jepun.

Ini akan menjadi siri jelajah kedua tahun ini masing-masing buat skuad lelaki dan wanita, di mana pasukan lelaki bimbingan Stephen Van Huizen telah menyertai Jelajah Oceania manakala skuad wanita kendalian Dharmaraj Abdullah pula telah menyertai Jelajah China pada Mac lalu. Ā 

The Speedy Tigers yang baru sahaja menamatkan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25 dengan menduduki tempat keempat, dijadual akan bermain enam perlawanan persahabatan dan ujian menentang Jepun yang mengakhiri PSAS di tangga tercorot dalam jelajah selama 10 hari itu yang akan bermula pada 6 jun.

Skuad wanita pula akan memulakan jelajah mereka lebih awal iaitu dari 2 ā€“ 10 Mei di mana mereka akan mengharungi enam perlawanan ujian menentang skuad kebangsaan negara matahari terbit itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MHC, K.Logan Raj memaklumkan bahawa MHC telah membuat keputusan untuk mengenakan yuran penganjuran kepada persatuan-persatuan hoki negeri yang akan menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

ā€œIni selaras dengan ketetapan Persekutuan Hoki Asia (AIF) dan Persekutuan Hoki Dunia (FIH) yang mengenakan yuran terhadap MHC apabila menganjurkan kejohanan. Bagaimanapun, yuran ini tidak akan membebankan penganjur.

ā€œKita masih belum tentukan berapa jumlahnya, tetapi seperti dinyatakan ia tidak akan diletakkan terlalu tinggi. Sebahagian dari jumlah yang diperoleh dari setiap penganjur akan kita gunakan untuk pembangunan sukan ini,ā€ kata Logan.

Selain Piala Sultan Azlan Shah, kejohanan Piala Sultan Johor yang merupakan kejohanan remaja merupakan antara kejohanan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan persatuan hoki negeri.Ā  Ā 

- Advertisement -