Bintang muda Jerman, Kai Havertz sah menjadi milik Chelsea selepas melengkapkan perpindahan daripada kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai 71 juta pound.

Beliau menjadi pemain kedua termahal yang dibeli oleh Chelsea selepas penjaga gol, Kepa Arrizabalaga yang dibeli dengan nilai 71.6 juta pound.

Kai Havertz akan bergandingan dengan rakan senegara, Timo Werner yang turut dibawa ke Stamford Bridge.

Selain Havertz dan Werner, Chelsea turut membawa masuk pemain sayap Maghribi, Hakim Ziyech, bek kiri, Ben Chilwell dan pertahanan veteran, Thiago Silva.

 

- Advertisement -