IMG-20160429-WA000

Oleh Ku Mohd Lufti

Hasrat atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa untuk menjalani latihan di Australia akan dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, Majlis Sukan Negara, MSN mempertimbangkan permintaan Nauraj.

Atlet berusia 24 itu melakar sejarah apabila menjadi atlet dari sukan olahraga yang pertama layak ke secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016.

“Saya gembira dengan kejayaan Nauraj kerana dia berjaya layak secara merit ke Olimpik, malah berjaya memecahkan rekod kebangsaan.”

“Nauraj ada meminta pertolongan kepada kami untuk berlatih ke Australia untuk menimba pengalaman sebelum ke Rio. Saya sudah mengarahkan MSN untuk meneliti perkara berkenaan dan saya fikir permintaannya itu boleh diterima.”

Nauraj meraih pingat emas ketika beraksi di Terbuka Singapura selepas melakukan lompatan setinggi 2.29 meter.

Ia sekaligus memadamkan rekod yang dipegang oleh Lee Hup Wei yang bertahan selama 6 tahun.

Khairy turut menambah, kejayaan Nauraj beraksi di Rio pastinya menjadi bekalan terbaik untuk mengharungi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018.

“Adalah bagus untuk dia apabila layak ke Olimpik. Pengalaman itu boleh membuatkan dia beraksi di tahap terbik pada temasya Sukan Asia dan Sukan Komanwel nanti,” katanya.

- Advertisement -