photo – Kedah FA

 

 

Kedah gagal untuk mengisi slot ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2020 selepas tewas 1-4 kepada Seoul FC dipusinganĀ kelayakan.

Selepas menang ke atas pasukan driĀ Hong Kong, TaiĀ PoĀ 5-1, Kedah bertandang ke Stadium Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan untuk memburu slot peringkat kumpulan Piala Juara Juara Asia.

Segalanya tampak mengikut perancangan Shahrin Ishak apabila Lang Merah mampu untuk menyerap asakan tuan rumah yang lebih banyak berkubu di kawasan pertahanan Kedah sepanjang 30 minit pertama.

Malang buat Kedah yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di minit 37 selepas RenanĀ Alves diarahkan keluar padang keranaĀ layangan kad kuning kedua susulan menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti sekaligus menghadiahkan penalti kepada Seoul FC.

ParkĀ Chu YoungĀ tidak mensia siakan peluang apabila mudah menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril Saari untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 di minit 39.

Halim Saari ternyata tidak senang duduk apabila seringkali diuji termasuk percubaan jarak jauh oleh Alibaev Ikromjon.

Gawang Kedah bergegar empat minit selepasĀ babak kedua bermula apabila ParkĀ Dong Jin menanduk masuk bola hantaran rakan sepasukan untuk Seoul FC mendahului 2-0.

Namun Kedah bangkit merapatkan jurang gol di minit 52 apabila OsmarĀ Barba tertanduk bola hasil sepakan percuma BadrolĀ Bakhtiar ke gawang sendiri untuk kedudukan 1-2.

Kesilapan itu bagaimanapun ditebus di minit 63 apabila OsmarĀ melepaskan rembatan deras dari jarak 20 meter hasil sepakan percuma untuk menewaskan Shahril Saari sekaligus melebarkan kedudukan untuk Seoul FC 3-1.

Alibaev melengkapkan kemenangan mutlak Seoul FC 4-1 di masa tambahan sekaligus menutup peluang Kedah untuk beraksi di ACLĀ buat kali kedua sejak pertama kali melakukannya pada musim 1994/95

- Advertisement -