Zaidy Zaifaizal and Tengku Amirul shortly before their clash in Kangar

Motul Yamaha YY Pang manager, Pang Yoke You has warned his riders to keep their battles clean ahead of the penultimate round of the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Jempol, Negeri Sembilan this weekend.

YY Pang has every reason to be pleased with his riders’ performance taking eight straight wins in the CP115 battle this season but things took a wrong turn in the previous leg in Kangar when Zaidy Mohd Zaifaizal and Tengku Amirul Haffiruddin crashed out of the race while battling for the podium –indicating an internal rivalry brewing in the all-red garage.

As a result, Zaidy lost his lead in the overall standings to his other teammate, Mohd Izzat Zaidi Salehan who won the 15-lap race. Izzat now leads the table with 153 points while the former drops down to second with 139 points followed by Tengku Amirul third, 113 points.

“Our riders are very competitive. That can be a good thing but sometimes it can be bad and in Kangar we witnessed the latter. Naturally there will always be rivalry between teammates because after all they are the first one you must beat in a race… but to have both riders from the same team crashing out together, that is unacceptable,” said YY Pang.

“We have reminded them countless times, the team comes first, but truth is when they are out on track, that’s not what they are thinking about. It’s about winning the race and ultimately the title, and this is where we need to manage them in the right way, reminding them what’s important for us. But it’s not always easy,” he added.

“The crash in Kangar was a huge blow to our campaign but fortunately both Zaidy and Tengku Amirul have enough points to cushion the impact. I hope both of them have learned their lesson. Keep the racing clean and don’t take unnecessary risks because motorcycle racing is a dangerous sport,” concluded YY Pang.

 

YY PANG BERI AMARAN KEPADA PELUMBA

Pengurus Motul Yamaha YY Pang, Pang Yoke You memberi amaran kepada semua pelumbanya yang beraksi dalam kategori CP115 agar bersaing dengan lebih selamat khususnya pada saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

Prestasi pelumba pasukan YY Pang pada musim ini cukup hebat apabila memenangi kesemua lapan pusingan yang telah berlangsung setakat ini namun insiden kemalangan membabitkan Zaidi Mohd Zaifaizal dan Tengku Amirul Haffirudin pada pusingan lepas di Kangar boleh dielakkan jika mereka lebih berhati-hati.

Meskipun kemenangan tetap menjadi milik pasukan apabila Mohd Izzat Zaidi Salehan berjaya menamatkan 15 pusingan perlumbaan sebagai juara sekaligus naik ke kedudukan teratas keseluruhan dengan mengumpul 153 mata manakala Zaidy jatuh ke tangga kedua dengan 139 mata dan Tengku Amirul ketiga dengan 113 mata, namun pengurus yang cukup berpengalaman itu tidak mahu insiden yang merugikan itu berulang kembali.

“Pelumba kami sangat kompetitif ketika ini. Ia merupakan perkara yang baik buat pasukan namun ada kalanya persaingan sengit sesama sendiri seperti ini akan merugikan pasukan sepertimana yang berlaku di Kangar. Kami bukan menghalang mereka bersaing sesama sendiri kerana keputusan siapa menang kalah hanya ditentukan oleh mereka sendiri ketika di litar, cuma apabila dua pelumba dari satu pasukan yang sama terkeluar daripada perlumbaan serentak, ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” jelas YY Pang.

“Kami seringkali mengingatkan mereka agar turut memberi keutamaan kepada pasukan, namun sebaik keluar ke litar, apa yang berada dalam fikiran adalah untuk memburu kemenangan individu. Sebenarnya situasi ketika ini agak sukar memandangkan mereka sedang bersaing untuk memburu gelaran peribadi, dan pada masa sama keutamaan untuk merebut gelaran bagi pasukan juga perlu diberikan perhatian. Kami perlu merancang strategi sebaik mungkin dan kalau boleh, kami mahu semua gelaran sama ada individu mahupun pasukan berada dalam genggaman kami,” tambah YY Pang.

“Insiden kemalangan di Kangar merupakan satu kesilapan mudah memandangkan kedua-duanya, Zaidy dan Tengku Amirul gagal memungut sebarang mata  dan ini merugikan mereka sendiri. Saya harap mereka dapat belajar daripada kesilapan tersebut. Mereka perlu bijak merancang strategi dan berlumba dengan lebih selamat untuk mengelak daripada sebarang kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku. Malah kesilapan seperti itu juga boleh menyebabkan kehilangan mata berharga terutama ketika penghujung musim seperti ini.”

- Advertisement -