
Sebanyak 40 pemain golf remaja berpeluang untuk memburu slot bagi beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia di Grand Finale Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini.
Sebanyak tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama berlangsung di Kelab GOlf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun manakala sirkit kedua dijadual berlangsung pada 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood VAlley, Miri,Sarawak dan sirkit ketiga pula akan diadakan di kelab golf Glenmarie, Subang pada 8-10 Julai nanti.
Aksi Grand Finale Kejohanan Antarabangsa pula dijadual berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara. Jelas Pengarah Penglibatan Kerajaan dan Industri Fraser & Neave Holding Berhad, Norazrin Norsyam Yee “Ini adalah tahun kedua kita bekerjasama dengan Srixon untuk program golf kita. Kita sangat menyokong pembangunan remaja.
“Daripada pengalaman kami pada tahun lalu, kita mendapat banyak maklum balas yang positif jadi kita teruskan kerjasama dengan Srixon untuk tahun ini. Kami berharap dengan adanya platform seperti ini dapat menarik lebih ramai anak muda yang berminat untuk menceburi sukan golf untuk bersama sama memartabatkan lagi industri golf.”
Sirkit pertama berlangsung di Kelab Golf Templer Park, Rawang dari Selasa hingga hari ini (Khamis) dimana enam kategori dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan diantara usia 13 hingga 18 tahun.

Bagi saingan kategori lelaki A, Wongsung Sun dari Korea Selatan nyata sukar untuk digugat sepanjang tiga hari saingan apabila bermain 54 lubang dengan catatan 217 pukulan 1 diatas par. Rakan senegara, Ahn Seunghyun akur untuk berada di kedudukan kedua berkelebihan lima pukulan dibelakang juara selepas mengumpul 222 pukulan keseluruhan manakala tempat ketiga milik Toh Yee Chen, berkongsi 222 pukulan enam di atas par.
Kategori B pula milik Daichi Hayashi (Jepun) yang mengumpul 217 pukulan 1 di atas par untuk mengesahkan kejuaraan diikuti wakil negara Maverick Chua akur untuk muncul naib juara selepas mencatat 220 pukulan 4 di atas par manakala Maru Choi (Korea Selatan) dikedudukan ketiga dengan 222 pukulan 6 di atas par keseluruhan selepas tamat tiga pusingan.
Saingan wanita kategori A pula didominasi Jeon Kyuri (Korea Selatan) yang menutup saingan sirkit pertama dengan 221 pukulan 5 di atas par, berkelebihan 6 pukulan didepan wakil negara Mavis Chua yang menutup hari ketiga dengan catatan keseluruhan 227 pukulan manakala Hiroka Yamamoto (Jepun) melengkapkan kedudukan ketiga dengan 229 pukulan 13 di atas par.
Kategori B pula diungguli Wang Enxi yang mengesahkan kejuaraan selepas mengatasi Jane Sim dalam aksi play off selepas kedua dua pemain terikat 233 pukulan 17 di atas par. wakil negara, Amirah Nur Hanania Afanizam dikedudukan ketiga selepas mengumpul 29 di atas par keseluruhan.