Skuad Wanita Kebangsaan kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dan Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China, yang akan berlangsung pada 15 hingga 27 April ini menjadi medan untuk kem negara melengkapkan persediaan pasukan menjelang temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei 2023 itu.

Selain menyertai kejohanan jemputan tersebut, siri persiapan Pasukan Negara telah berjalan lebih awal di mana pada Ahad lalu (9 April) satu perlawanan persahabatan menentang Hockey Australia Country telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan ianya menyaksikan Pasukan Wanita Negara meraih kemenangan 4-3 ke atas lawan mereka itu.

Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China menyaksikan empat pasukan akan mengambil bahagian dan Pasukan Negara akan berlepas ke China pada Sabtu ini (15 April) dan kembali ke Malaysia pada 27 April.

Menerusi senarai 19 pemain yang bakal ke China, dua daripadanya merupakan pemain yang pertama kali mendapat panggilan bersama Skuad Wanita Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pemain Skuad Young Tigress yang beraksi pada Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNBMHL 2023) baru – baru ini.

Dua pemain yang diserap bersama Pasukan Wanita Kebangsaan ialah Nur Nabila Alia Yussaini (21 tahun) dan Azmyra Mia Sofea Azhairy (19 tahun).

Menurut Ketua Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, kejohanan jemputan ini akan digunakan oleh pasukannya dengan sebaiknya untuk memperkemas serta memperbaiki lagi kelemahan pasukan dan membentuk keserasian pasukan yang lebih baik.

“Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Wujin, Jiangsu, China menjadi medan terbaik bagi pasukan Hoki Wanita Negara menimba pengalaman serta meningkatkan keserasian dikalangan pemain sebagai persiapan terakhir kami bagi merealisasikan sasaran iaitu untuk mempertahankan Pingat Emas yang dimenangi pada tahun 2017 di Kuala Lumpur,” jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 19 pemain Skuad Wanita Kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China.

NO NAMA POSISI
1. Siti Zalia Nasir Penjaga Gol
2. Mashitah Ab Khalid Penjaga Gol
3. Nuraini Abdul Rashid Pertahanan
4. Nurul Faezah Shafiqah Khalim Pertahanan
5. Dayang Nuramirah Abang Mahadini Pertahanan
6. Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin Pertahanan
7. Nurul Fatin Fatiah Azman Pertahanan
8. Nur Nabila Alia Yussaini Pertahanan
9. Juliani Mohamad Din (Ketua Pasukan) Tengah
10. Wan Norfaiezainti Md Saiuti Tengah
11. Nur Syuhada Suhaimi Tengah
12. Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad Tengah
13. Nur Insyirah Effarizal Tengah
14. Fatin Shafikah Mahd Sukri Penyerang
15. Nuramirah Shakirah Zulkifli Penyerang
16. Siti Nur Arfah Mohd Nor Penyerang
17. Nur Afiqah Syahzani Azhar Penyerang
18. Nur Hafizah Maznan Penyerang
19. Azmyra Mia Sofea Azhairy Penyerang

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Pasukan Wanita Kebangsaan di Kejohanan Jemputan Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China.

NO TARIKH / HARI MASA PERLAWANAN
PUSINGAN PERTAMA
1 17 APRIL (ISNIN) 4:30 Petang LiaoNing Lawan Malaysia
2 18 APRIL (SELASA) 2:00 Petang JiangSu Lawan Malaysia
3 19 APRIL (RABU) 2:00 Petang Malaysia Lawan Sony HC BRAVIA (JAPAN)
PUSINGAN KEDUA

*Pusingan Ini Ditentukan Mengikut Kedudukan Pasukan Selepas Tamat Pusingan Pertama

4 21 APRIL (JUMAAT) 2:00 Petang RANK 1 lawan RANK 3
5 4:30 Petang RANK 2 lawan RANK 4
6 22 April (SABTU) 2:00 Petang RANK 3 lawan RANK 4
7 4:30 Petang RANK 2 lawan RANK 1
8 23 APRIL (AHAD) 2:00 Petang RANK 1 lawan RANK 4
9 4:30 Petang RANK 3 lawan RANK 2
PUSINGAN AKHIR

*Perlawanan Ditentukan Mengikut Kedudukan Pasukan Selepas Tamat Pusingan kedua

10 25 APRIL (SELASA) 2:00 Petang RANK 1 lawan RANK 2
11 4:30 Petang RANK 3 lawan RANK 4
12 26 APRIL (RABU) 2:00 Petang PENENTUAN TEMPAT KE-3/KE-4
13 4:30 Petang FINAL

 

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

 

- Advertisement -