Kejohanan lumba basikal amatur Cyfora 2018 merupakan satu kejohanan lumba basikal yang berkonsepkan perlumbaan sebenar, dan hanya melibatkan pelumba amatur basikal lumba.

Pada edisi ke-14 ini, ia akan berlangsung di Melaka pada 1hb April 2018 di perkarangan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. Sebanyak 15 pasukan akan mengambil bahagian pada siri kali ini.

CYFORA berasal dari perkataan “cycling for all” mula diperkenalkan pada tahun 2004 dan merupakan pelopor kepada perlumbaan basikal amatur berpasukan. Antara kejayaan sepanjang penganjuran, tertubuhnya pasukan benua LeTua, di mana pada peringkat awal, pasukan tersebut telah mengambil bahagian dalam beberapa siri CYFORA dan selepas itu, tertubuhnya pasukan benua tersebut.

Di antara objektif penganjuran kejohanan ini adalah memupuk budaya masyarakat aktif bersukan di samping dapat memenuhkan masa terluang dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Ia juga secara tidak langsung akan memberi satu pendedahan pada pasukan amatur, bagaimana berlumba dalam kategori yang sepenuhnya amatur dan pengalaman berlumba dalam satu penganjuran bertaraf jelajah skala besar.

Kejohanan yang mendapat lesen dari Pesuruhjaya Sukan ini berkonsepkan berpasukan, di mana setiap pasukan perlu terdiri daripada 4 kategori berlainan umur. pemenang pasukan ditentukan dari jumlah masa ke semua kategori.

Kejohanan akan bermula pada pukul 8am dan dijangka tamat pada 12pm. Jumlah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 5,750 untuk 5 pasukan terbaik.

SENARAI PASUKAN :

1.GBN
2.BIKE ZONE 1
3.BIKE ZONE 2
4.BIKE ZONE 3
5.JTC
6.SCELTO
7.GHOMBAU CYCLING TEAM
8.RMIM
9.ARMY CYCLING TEAM
10.WAR
11.PAYUNG RIDERS
12.MEGA LEDANG CYCLING TEAM
13.LWC
14.AMANIZ CYCLING TEAM 1
15.AMANIZ CYCLING TEAM 2
16.VELOFORCE
17.PSM CYCLING TEAM
18.INDIVIDU

MAKLUMAT KEJOHANAN

Nama Kejohanan : Kejohanan Lumba Basikal Amatur CYFORA 2018
Tarikh : 1hb April 2018, Ahad
Masa ?: 8.00am – 12.00pm
Perlumbaan Jarak ?: 89.2km
Jenis Peserta : Amatur
Jumlah Peserta ?: 150 orang
No Lesen: L00123

INFO RINGKAS KEJOHANAN
-bermula tahun 2004?
-tahun ini merupakan edisi ke-14?
-berkonsepkan lumba berpasukan?
-4 kategori :
A (<24 tahun)
B ( 25 – 34 tahun)?
C (35 – 44 tahun)?
D ( > 45 thn ke atas)

- Advertisement -