Gol tunggal pemain muda Vietnam, Nguyen Quang Hai di babak pertama perlawanan sudah memadai untuk Vietnam meraih kemenangan pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kumpulan G sekaligus memberi tiga mata berharga ke atas Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi.

Gol terhasil selepas kesilapan diantara pemain pertahanan negara, Shahrul Saad dan penjaga gol, Farizal Marlias membuka ruang kepada Quang Hai untuk meledak gol tunggal perlawanan di minit 40.

Malaysia yang turun ke Hanoi dengan semangat juang yang tinggi susulan kemenangan besar 6-0 ke atas Sri Lanka tampak sukar untuk merobek gawang Vietnam yang dikawal kemas Dang Van Lam.

Peluang terbaik Malaysia hadir di minit 10, namun peluang twrhidang gagal disempurnakan Shahrul Saad apabila menggunakan tangan untuk menolak bola sepakan penjuru Safawi Rasid.

Gawang Malaysia hampir bolos kali kedua, namun Shahrul Saad berada di posisi yang tepat untuk menghalang bola rembatan Nguyen Anh Duc di minit 73.

Selepas tiga perlawanan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe di kedudukan ketiga kumpulan G, dengan tiga mata, tidak termasuk aksi diantara Emiriyah Arab Bersatu dan Indonesia.

- Advertisement -