Tekanan kerana gagal mencapai impian yang diharapkan berkemungkinan menjadi faktor Jeremy Winsten membunuh diri.

Laporan media antara menyebut, bekas pemain akademi Manchester City berusia 17 tahun itu dilepaskan daripada akademi itu.

Pemain kelahiran Malawi itu berhijrah ke United Kingdom dan pernah beraksi untuk beberapa buah kelab termasuk Altrincham Juniors dan De La Salle sebelum menandatangani untuk Akademi Elit Bawah 13 tahun Manchester City pada 2016.

Pemain sayap The Citizen Raheem Sterling dan Aymeric Laporte antara pemain pemain yangmemberikan penghormatan terakhir kepada Jeremy.

Sebuah tabung maya GoFundMe telah dilancarkan bagi membantu keluarga Winsten

 

- Advertisement -