Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd memilih bekas pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Ab Rasid Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif organisasi itu pada 15 Oktober lepas.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi Terengganu Football Club pelantikan Ab Rasid adalah sebagai langkah permulaan untuk membentuk sebuah kelab bola sepak profesional yang diuruskan oleh syarikat berstruktur korporat.

TFC Sdn Bhd mahu memulakan pembinaan struktur pengurusan yang kukuh daripada pelbagai sudut kerana ia dianggap kunci kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan meskpun kejayaan dalam sebarang kejohanan dilihat sebagai keutamaan pasukan bolasepak.

Ab Rasid sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan T-Team pada 2007 hingga 2009 sebelum dilantik semula pada 2013 hingga 2015.

Pendekatan yang cukup profesional daripada TFC dan diharapkan perancangan untuk mengukuhkan sistem pentadbiran dijadikan aspek utama serta mendapat sokongan penuh daripada penyokong setia skuad Peteh.

Pembangunan yang seimbang diantara akar umbi sehinggalah ke peringkat senior perlu bergerak seimbang.

Sudah tentu penyokong mengimpikan sebuah kelab seperti JDT, tetapi ukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu, bergerak dengan kemampuan sendiri, kejayaan takkan datang bergolek.

 

Biodata ringkas 
PENDIDIKAN
Master In Management (Sports) Curtin University Perth, Australia

PENGLIBATAN DALAM BOLA SEPAK
-UKM 1989-1993 (Pemain)
-University Asian 1992 (Pemain)
-MAKSAK 1997 (Pemain)
-Kelab Bola Sepak UKM 1988-1990 ( Setiausaha )
-Kelab Bola Sepak UKM 1990-1993 ( Presiden )
-PBSNT 2006-2008 ( Ahli Majlis )
-PBSNT 2015-2017 ( Naib Presiden )
-T-Team FC 2007-2008 ( Pengurus )
-T-Team FC 2013-2016 (Ketua Pegawai Eksekutif )

- Advertisement -