Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan jelajah berbasikal, Le Tour de Langkawi 2017 tetap menjanjikan saingan yang sengit biar pun kerancakkannya sedikit merudum bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LTDL Emir Abdul Jalal mengesahkan pakar pecut yang juga pemenang peringkat sebanyak 18 kali, Andrea Guardini sah tidak akan beraksi bagi tahun ini.

Pelumba kelahiran Itali ini kini bersama pasukan World Tour UAE Abu Dhabi daripada Astana Pro Cycling dan dikenali dengan nama gelaran Mr Langkawi diatas pencapaiannya sepanjang menyertai LTdl sejak 2011.

Pasukan UAE Abu Dhabi juga tidak dapat mengesahkan kehadiran kerana empunyai komitmen perlumbaan Jelajah Abu Dhabi yang akan bermula dari 23 hingga 26 Februari.

Kekangan yang menimpa Guardini kerana beliau mempunyai komitmen bersama pasukannya di perlumbaan yang berlangsung

“Bukan sahaja Guardini, kemungkinan pasukan pasukan Pro Tour lain mungkin tidak dapat beraksi di Malaysia kerana perlumbaan bertaraf World Tour di rantau Asia.

“Kami percaya banyak pasukan Pro Tour akan beraksi di perlumbaan bertaraf World Tour berbanding LTdl, tetapi pada masa yang sama, ia juga merupakan perkembangan yang positif kerana secara tidak langsung membuka peluang kepada pelumba tempatan untuk meraih podium.” kata Emir.

Kekecewaan itu disuarakan kepada Persekutuan Berbasikal Antarabangsa UCI, namun Jelajah Abu Dhabi tetap diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.

“Kami mendaftarkan tarikh perlumbaan LTdl 2017 pada bulan Jun 2016, justeru mengapa mereka (UCI) menerima perlumbaan lain pada tarikh tersebut? Apakan daya, siapa kami untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada UCI?”Katanya lagi.

LTdl bagi tahun 2017 berdepan cabaran getir apabila hanya menerima geran sebanyak RM 6 juta berbanding RM 11 juta pada 2016.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terpaksa mengurangkan peruntukkan kerana perlu memberi tumpuan penuh kepada persiapan bagi temasya Sukan SEA dan Para Asean 2017 pada Ogos dan September depan.

LTdl bagaimanapun terus mendapat sokongan daripada syarikat perbankan apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) meneruskan komitmen mereka untuk menjadi penaja rasmi bagi jersi raja pecut.

BSN turut mengekalkan warna ‘teal’ bagi jersi raja pecut seperti tahun lalu dengan nilai tajaan tunai RM 1.3 juta.

Dalam pada itu, laluan baru bagi LTdl 2017 akan diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas Terengganu menarik diri selaku penaja.

Berdasarkan perancangan awal, Terengganu akan menjadi lokasi bagi pengenalan pasukan dan dua peringkat pertama perlumbaan juga bermula dari Terengganu dimana peringkat pertama dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu diikuti peringkat kedua dari Jerteh ke Gerik.

- Advertisement -