2016_Sukma_Games_LogoOleh Ku Mohd Lufti

Belumpun 24 jam melakar nama selaku raja pecut baru SUKMA, Khairul Hafiz Jantan terus dahagakan kejayaan.

Hari ini, Khairul sekali lagi memperbaharui rekod bagi acara 200 Meter apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 21.03 saat pada final di Stadium Sarawak, sekaligus meraih pingat emas.

Atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu memecahkan rekod berusia 14 tahun milik yang dilakukan oleh Raja Pecut Sukan SEA 2003, Nazmizan Mohammed dari Terengganu, 21.14 saat di peringkat separuh akhir petang semalam.

Rekod terdahulu Nazmizan ialah 21.33s yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah.

Kejutan dilakar peserta dari Selangor, Muhammad Aqil Yasmi yang meraih pingat perak selepas melakar masa 21.31 saat, mengejutkan pelari pilihan seperti Badrul Hisyam Abdul Manap dari Melaka dan wakil tuan rumah, Jonathan Nyepa.

Jonathan pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas menamatkan larian dalam masa 21.34s, manakala Badrul Hisyam hanya sekadar mampu mendapat tempat keempat dengan catatan 21.56s.

- Advertisement -