Situasi tegang melibatkan Institut Sukan Negara (ISN) dan Yang Zhuliang berterusan meskipun Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung keputusan untuk tidak menyambung kontrak pengendali kelahiran China itu.

Khairy mendedahkan atlet atlet terjun negara yang berlatih dibawah kendalian Zhuliang diselubungi ketakutan.

Keadaan itu sekaligus mendedahkan isu kes rogol dan gangguan seksual yang berlaku di kem latihan skuad terjun negara pada 11 Oktober lalu.

Jelas Khairy menerusi kenyataan media,”Selepas timbul kes rogol itu, saya minta Datuk Marina Chin untuk melihat dan menyiasat bagaimana perkara seumpama ini dapat dielak daripada berlaku dalam sukan negara. Hasil siasatan, beliau menunjukkan bahawa wujudnya budaya toksik diselubungi ketakutan merentasi hampir keseluruhan sukan terjun ini.

“Tanggungjawab saya sebagai menteri bukan sekadar membuat dasar bagi mencapai kejayaan sukan di peringkat tertinggi, tetapi juga menjaga kebajikan atlet negara dan melindungi mereka daripada sebarang ancaman. Tiada mana-mana pingat emas yang nilainya lebih tinggi daripada keselamatan atlet negara,”

Desas desus juga mengatakan Yang Zhuliang ‘mempertahankan’ jurulatih tersebut yang kini ditahan kerana beliau dianggap penting buat pengendali berusi 53 tahun itu.

Keputusan Khairy untuk tidak menyambung kontrak yang Zhuliang dibuat beberapa minggu lalu selepas mendapat laporan, dan syor daripada semua pihak.

Tugas Zhuliang akan dipikul Zhang Yukun sementara menanti pengesahan rasmi jurulatih baru skuad terjun yang dilaporkan dari Australia memulakan tugasnya.

Khairy turut mempertahankan kenyataan daripada ISN berhubung keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang Zhuliang dengan menjadikan alasan tidak mahu menggunakan sains sukan sebagai faktor utama.

“Saya mengarahkan ISN supaya menjaga aib dan reputasi semua pihak agar pengumuman ini tidak membawa tanggapan negatif kepada sukan Malaysia. Mungkin disebabkan arahan itu, ISN tidak dapat memberi penjelasan yang lengkap dan terperinci mengenai isu ini,”katanya lagi.

Hakikatnya, ia juga merupakan satu faktor dalam menentukan keputusan ini kerana Zhuliang mempertaruhkan masa depan atlet demi mencapai kejayaan yang diinginkan.

 

 

- Advertisement -