Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung isu atlet negara yang gagal dalam ujian doping?

Program, penerangan dan info mengenai bahan bahan yang diklasifikasikan sebagai bahan terlarang yang disenarai oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) telahpun diberikan.

Impian Malaysia untuk melihat lebih 800 atlet yang betranding di Sukan SEA ke 29 baru baru ini bebas daripada sebarang penggunaan bahan terlarang tidak kesampaian.

Atlet terjun Wendy Ng Yan Yee disahkan oleh Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) gagal dalam ujian doping ketika beraksi di Sukan SEA ke 29 Ogos lalu sekaligus kehilangan dua pingat emas yang dimenanginya.

Kedua dua ujian sampel A dan B Ng Yan Yee didapati positif dan beliau bakal berdepan penggantungan yang akan diputuskan kelak.

“Setiap kali kita ada kes doping, sudah pasti patut menjadi pengajaran. Tetapi sy risau kes kes seperti ini berulang , bahan terlarang yang diambil oleh Wendy adalah sama yang diambil oleh atlet wushu kita pada Sukan Asia yang lepas. Bahan ini yang mengawal mereka menjaga berat badan, bukan performance enhancing,”kata Khairy.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada ASUM untuk menentukan tempoh hukuman ke atas Ng Yan Yee kerana beliau seharusnya sudah sedia maklum terhadap prosedur dan batas sebagai atlet elit yang sudahpun beraksi di pentas dunia.

“Kalau nak kata dia mempunyai alasan pun saya tidak tahu apa alasan yang ada pada beliau. Nak kata kita (KBS) tidak jalankan apa apa penerangan berkenaan doping saya rasa dah banyak kali dah.

“Terutama dengan atlet level Wendy yang melalui banyak kejohanan antarabangsa dan sepatutnya dia tahu dan sememangnya dia tahu dia tidak boleh ambil supplement supplement yang tidak dikeluarkan oleh ISN,”katanya lagi.

Wendy meraih emas dalam acara terjun 3m individu dan seirama bersama sama Nurdhabitah Sabri. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -