Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak melihat pemilihan Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin sebagai venue perlawanan bagi skuad Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019.

Khairy berpendapat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih stadium berkenaan berdasarkan kemudahan yang ada.

“Saya tidak ada apa-apa masalah sekiranya stadium itu digunakan untuk apa-apa perlawanan pasukan kebangsaan tapi untuk Sukan SEA ini, ia akan dimainkan di Kuala Lumpur,”kata Khairy.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan semua perlawanan andai skuad kebangsaan menjadi tuan rumah dalam aksi kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Skuad Harimau Malaysia sebelum ini menggunakan Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue pertandingan.

Makluman tentang perubahan venue tersebut telah pun diserahkan menerusi surat kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

- Advertisement -