EPL bakal membuka tirai bagi musim 2020/2021 dan Liverpool serta Jurgen Klopp pastinya menjadi perhatian kesemua kelab dalam misi merampas takhta sebagai juara.

Juara 2019/2020, Liverpool memperkenalkan jersi baru bagi musim 20/21 dan ia jelas mendapat pelbagai reaksi terutama daripada peminat setia The Reds di serata dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali untuk merasai sendiri kehangatan dan kerancakan pengenalan jersi baru The Reds meskipun dalam suasana berhati hati susulan pandemik Covid 19.

Liverpool akan membuka tirai EPL 20/21 menentang pendatang baru, Leeds United di Anfield.

 

- Advertisement -